;

Jumaat, April 30, 2010

Amar Makruf Nahi Mungkar Tanggungjawab Semua.

 

Assalamualaikum dan salam juang buat semua.

Terasa sepi blog ini setelah jemari tangan penulis tidak menari-nari di atas keyboard laptop untuk postkan bahan bacaan yang baru ke dalam blog ini.

Kesibukan tugas dan fatrah peperikasaan yang semakin hampir mengekang banyak masa penulis untuk menumpukan terhadap blog yang sederhana ini. Namun, penulis amat berharap segala bahan bermanafaat dapat dikongsi bersama.

Melalui tajuk di atas, penulis secara ringkas pada kali ini ingin mengajak teman-teman sekelian agar kita sentiasa cakna dan prihatin dan tugas kita walalu di mana kita berada.

Kita akan terasa perlunya pengorbanan daripada segala sudut diperah melalui tulang empat kerat kita apabila kita cakna dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita.

Perlbagai isu berkaitan mahasiswa yang sedang rancak berlaku pasca kepimpinan PMRAM bagi sesi 2010 pada tahun ini memperlihatkan isyarat jelas kepada kita bahawa perlunya mahasiswa dan mahasiswi untuk berganding bahu bagi sama-sama menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Antaranya, mahasiswa dan mahasiswi di Mesir boleh sentiasa mendapatkan maklumat rasmi di web Rasmi PMRAM sendiri. Segala kenyataan dan ulasan adalah bersifat rasmi dan boleh dipercayai adalah melalui web PMRAM sahaja walaupun tidak menafikan wujudnya blog-blog peribadi yang turut sama untuk menyelesaikan krisis yang berlaku seputar mahasiswa di bumi Ardul Kinanah ini khususnya. Rajinkan diri anda untuk mengikuti isu di Web PMRAM.

Soal perpindahan ke Kaherah, Mahasiswa dan Mahasiswi Qiraat baru yang masih belum Muqayyad nama mereka, begitu juga dengan soal Mahasiswi Qiraat Mansurah yang tidak boleh memasuki peperiksaan, serta isu-isu seputar keselamatan mahasiswa dan mahasiswi khususnya di bumi Mesir sperti kecurian, pencabulan,penangkapan  dan juga turut tidak terlepas isu-isu yang berkaitan sosial ataupun Hisbah seperti keluar malam tanpa musyrif, ikhtilat tidak Syari’e, Perangai yang tidak senonoh dan apa jua isu yang melanda adalah isu kita bersama di samping menjadi amanah bagi pihak-pihak yang berwajib.

Nyatakanlah kebersamaan anda bersama kepimpinan dan korbankanlah perasaan dan kepentingan peribadi demi maslahat yang lebih utama ini. Pimpinan sentiasa memainkan peranan untuk terus mengkaji, berfikir, merancang, dan menyelesaikan dengan perlaksanaan yang terbaik biarpun ianya mungkin ada pahit manisnya. Anda juga boleh memainkan peranan dengan melakukan perkara yang termampu yang dibatasi batas-batas agama dan syariat demi menyatakan kebersamaan serta menunaikan amanah serta kewajipan yang besar ini.

Ingatlah, segala isu-isu yang belaku pada hari adalah ujian dan Tarbiyah daripada Allah S.W.T agar kita tidak menjadi golongan yang hanya menuntut ilmu tetapi tidak megamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Bahkan, penulis lebih selesa mengatakan bahawa segala isu-isu yang berlaku ini adalah amanah Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang tetap terpundak di bahu kita bersama.

Hayatilah firman Allah S.W.T di dalam surah al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud:

1. Alif, Laam, Miim.

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

Selain itu, Di dalam kitab المستخلص في تزكية الأنفس , al-Allamah Syed Hawwa menyatakan bahawa di antara Wasaail (cara-cara) untuk membersihkan dan menyucikan jiwa itu adalah melakukan Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Maka, apakah lagi usaha dan amal yang terlebih mulia untuk kita lakukan tatkala kita dihidangkan dengan bentuk penyucian yang sebegini mulia.

Di dalam hadith 40 Imam al-Nawawi, Disusun oleh al-Imam pada hadith ke-40 mengenai peringatan terhadap dunia untuk kejayaan di akhirat.

Diriwayatkan oleh Abdillah bin Umar R.A: Rasulullah S.A.W telah memegang bahuku, maka baginda bersabda: “Jadilah kamu di dalam dunia itu sebagaimana kamu seorang yang asing,ataupun pengembara” . Ibnu Umar R.A berkata: “Jika kamu berada di petang hari, maka jangan kamu tangguh sehingga ke pagi hari keesokannya, dan jika kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah berrtangguh sehingga ke petang hari”- hadith riwayat al-Bukhari.

Hadith dan kata Ibnu Umar R.A di atas jelas mengambarkan kepada kita bahawa tugas untuk melakukan Amal Makruf dan Nahi mungkar ini adalah satu kewajipan yang menjadi amal yang mulia di dunia. Kita tidak mengharapkan dunia kerana ia bisa binasa tetapi segala amal yang kita lakukan adalah semata-mata untuk bekalan di akhirat kelak.

Kita perlu menyedari bahawa musuh-musuh sentiasa ada, tetapi keimanan, kesatuan dan kesungguhan kita di dalam melaksanakan tanggungjawab menegakkan agama Allah inilah yang akan menyelamatkan kita Insyaallah.

kata Ibnu Mas’ud R.A:

“Memberikan kegembiraan kepada orang yang beriman itu, dan menyempurnakan kewajipan mereka adalah lebih aku sukai daripada ibadah seumur hidup”.

Akhir kalam, perteguhkan kesatuan, ukhuwwah dan janganlah lemah walaupun peperiksaan semakin menghimpit kita. Moga-moga dengan ujian yang menimpa kita akan membuahkan natijah yang terbaik terhadap peperiksaan yang bakal kita duduki nanti.

Sama-sama kita berdoa untuk PMRAM dan kita semua..Amiin.

“Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah”

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita