;

Rabu, Mac 03, 2010

Rak'ataini Riyal Ya Syeikh!

Assalamualaikum buat semua teman. Moga-moga terus berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

Sekadar sedikit santai, penulis ingin berkongsi satu cerita..Mungkin sudah ada yang mendengarnya...mungkin jugak tidak pernah mendengarnya.

Ianya berlaku pada satu musim haji, ketika mana satu rombongan haji sedang pergi menunaikan haji di Makkah.

Di dalam rombongan yang kebanyakan terdiri daripada golongan pertengahan umur dan tidak terlepas jugak yang sudah agak berumur, ada seorang pakcik yang sudah biasa pergi menunaikan haji.

Kebetulan pula beliau dikatakan agak pandai berbahasa arab berbanding yang lain di dalam kumpulan tersebut.

Maka, adalah beberapa orang yang meminta beliau untuk mendapatkan barang seperti tasbih, minyak wangi, serban dan sebagainya dengan harga yang lebih murah.

Beliau dengan senang hati menyanggupinya untuk pergi membeli barang-barang yang diminta tersebut.

Setibanya di kedai, maka beliau tawar-menawarlah dengan si penjual arab, maka dapatlah dengan harga yang agak murah, iaitu 4 riyal untuk bebrapa barang tersebut.

Lalu, gembiralah pakcik dan makcik yang lain tatkala melihat kebolehan pakcik tersebut hingga mampu memperolehi barangan dengan harga yang lebih murah.

Keesokannya, mereka mendapatkan lagi pertolongan pakcik tersebut untuk mendapatkan dengan harga 3 riyal pula.

Beliau masih lagi menyanggupinya, dan terus saja ke kedai..hasilnya, beliau berjaya membawa barang-barang tersebut balik ke rumah dengan harga 3 riyal..Maka, gembiralah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mengirim barang padanya.

Esoknya pula, mereka meminta tolong lagi..kali ini lebih mencabar, iaitu mendapatkan barang dengan harga 2 riyal.

Kali ini pakcik tersebut agak gugup, bukan apa, beliau tidak tahu sebenarnya bagaimana untuk menyebut perkataan 2 riyal dalam bahasa arab.

Tetapi, demi menyelamatkan maruah dan mengelakkan malu dengan status beliau yang dianggap sangat pandai berbahasa arab, maka beliau menyanggupinya juga.

Lalu, dihayun langkahnya dengan penuh debaran.

Sesampainya di kedai tersebut, beliau mulai berfikir..."Bagaimana aku nak mintak tawar dengan harga 2 riyal nie".

Lalu beliau menghitung waktu solat.." Jika solat Isyak 4 rakaat (arba'ah), Solat maghrib 3 rakaat (thalathah). Kalau solat subuh dua rakaat (rak'ataini)".

"Ow, jadi dua riyal mesti rak'ataini riyal la"
..bisiknya dalam hati..Hatinya kini mula berbunga, tanda kejayaan yang akan mengelakkan maruahnya itu jatuh.

Lalu,dengan penuh keyakinan beliau mengatkan.."Rak'ataini Riyal ya Syeikh".

Wah..terbeliak biji mata penjual tue...Lalu dengan tergelak, beliau berkata dengan loghat arabnya," MasyaAllah, mana ada rakataini Riyal, Ithnain Riyal ada laa!".

Maka, malunya pakcik yang sorang itu, dan dengan langkahan yang longlai dan layu, beliau pulang hampa.

Begitulah ceritanya.

P/s: Akuilah kelemahan kita..takut-takut akan terzahir kejahilan kita pada satu hari nanti. Dan yang paling penting, jangan lupa untuk belajar bahasa Arab, kerana Imam al-Syafie sendiri mendalami Bahasa Arab selama 20 tahun hingga beliau mampu memahami Bahasa Arab Quraisy walaupun beliau bukan daripada Bangsa Arab Quraisy.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

تعلموا ألعربية وعلموها الناس

"Belajarlah olehmu Bahasa Arab, dan ajarkanlah ia kepada manusia seluruhnya"

Wallahu'alam...


Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita