;

Sabtu, Mac 06, 2010

Jadilah Mukminah yang Sentiasa Terjaga.

 

muslimah3

Assalamualaikum dan salam sajahtera. Moga-moga kalian semua masih berada di dalam rahmat keampunan Allah s.w.t.

Kali ini, penulis ingin berbicara secara ringkas tentang peribadi Mukminah.

Ya…bagi penulis, menjadi perempuan yang berstatus Mukminah sememangnya sesuatu perkara yang sangat mulia dan diingini oleh mereka yang beriman.

Islam hadir sebagai Diin yang mengangkat martabat wanita hingga mampu mencapai status yang mulia ini.

Namun ,kita sangat sedih dengan keadaan yang berlaku baik di luar mahupun di dalam negara kita sendiri kerana sifat-sifat jahiliyah masih lagi membelenggu kehidupan sebahagian manusia.

lihatlah di dada-dada kahbar mahupun media elektronik..tubuh badan wanita secara bebas dijadikan bahan tontonan dan bahan eksploitasi.

Tidakkah kita merasa marah dan sakit hati seumpama keluarga, isteri, saudara-mara dan rakan-rakan seaqidah kita diperlakukan sebegitu!

Apa yang lebih menyedihkan, kadang-kadang sebahagian wanita ini langsung tidak mengenal erti malu malahan berbangga dengan tubuh badan yang telah mereka tonjolkan kepada umum.

Sedarlah, diri kalian yang kalian tonjolkan itu telah menjadi bahan makanan mereka-mereka yang rakus seumpama serigala lapar serta begitu hina!

Sepatutnya ia tidak berlaku jika golongan wanita mengambil Islam dan al-Quran keseluruhannya sebagai panduan terbaik dalam menjalani kehidupan.

Mungkin juga mereka tidak mengerti amaran rasulullah s.a.w seperti dalam hadith baginda yang bermaksud:

“Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah rasa malu hilang daripada diri wanita-wanita”.

Sebenarnya, konsep terpenting yang perlu dipegang oleh setiap wanita Muslimah adalah kalian kembali kepada konsep keimanan dan tawakkal yang sebenar.

Meninggalkan perkara ini bermaksud mencabut segala kehormatan diri hingga mampu menjadikan diri wanita itu hina di sisi Allah s.w.t. walalupun dia dipandang hebat disisi manusia.

Imam Jaafar al-Sadiq pernah berkata:

“Allah s.w.t. menurunkan rasa 10 rasa malu kepada manusia. 1 bahagian dijadikan untuk lelaki dan 9 bahagian dijadikan untuk perempuan. Tatkala mereka mengalami Haid, hilang 1 rasa malu daripada diri mereka. Apabila mereka sudah berkahwin, hilanglah 1 lagi rasa malu tersebut. Selepas mereka melakukan persetubuhan, dicabut lagi 1 rasa malu daripada diri mereka. Dan selepas mereka melahirkan anak, maka hilang lagi 1 rasa malu. lalu, ianya berbaki 5 rasa malu didalam diri wanita. Kelima-lima ini akan hilang semuanya jika mereka tidak malu untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya!”

khusyuk

Ayuh kita bersama ambil contoh bagaimana kuatnya keimanan dan Tawakkal yang telah ditunjukkan oleh isteri kepada nabi Ibrahim A.S, iaitu Siti hajar A.S. Tatkala beliau meninggalkan Siti Hajr di Makkah al-Mukarramah, yang pada ketika itu tiada orang yang tinggal di situ. bahkan, ianyan addalah padang pasir yang kering-kontang. Tiadalah yang menemani melainkan Nabi Ismail A.S yang masih menyusu dengan beliau.

Bagaimana terpancar pada diri Siti Hajar A.S kekuatan Iman dan kerlurusan Tawakkal kepada-Nya, apabila beliau berkata dengan penuh tawadhuk, rendah hati, kethiqahan, ketenagan dan kedamaian, “Apakah Allah s.w.t memerintahkan hal ini kepadamu wahai Ibrahim?” lalu nabi Ibrahim menjawab, “Ya benar”. Apakah jawapan yang diberikan oleh beliau apabila mendengar ucapan yang diberikan oleh suaminya yang tersayang itu?. Maka, dengan penuh redha dan ketenangan, beliau berkata, “Jika demikian, nescaya Allah s.w.t tidak akan menyia-nyiakan kami”. – H.R. Imam al-Bukhari.

Kalaulah tiada kekuatan keimanan yang hebat dan jitu serta tiada tawakkal yang begitu tinggi di dalam diri Siti hajar A.s., nescaya beliau tidak akan mampu untuk menanggung beban yang sangat berta tersebut yang tidak mungkin mampu ditanggung oleh wanita-wanita zaman sekarang!

lalu ianya dikenang sehingga ke hari ini tatkala Para Hujjaj dan tidak terlepas juga mereka yang menunaikan umrah, khususnya ketika mereka mimun air zamzam dan bersa’i di antara Safa dan Marwah seperti sa’inya Siti Hajar pada hari yang sangat sulit itu.

Mungkin juga kita masih ingati kisah keimanan nenek kepada Saidina Umar bin Abdul Aziz.

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Aslam daripada ayahnya daripada datuknya, Satu ketika aku meronda-ronda bersama Saidina Umar bin al-Khattab pada waktu malam. Kemudian, setelah Saidina Umar berasa agak letih, beliau berehat di tepi sebuah dinding. Maka pada ketika itu, terdengar perbualan di sebalik dinding itu.

Tiba-tiba, beliau mendengar suara seorang wanita berkata, “Wahai puteriku, pergilah dan campurkanlah air susu itu dengan madu”.

Puterinya menjawab, “Wahai ibu, adakah dikau masih belum mendengar keputusan Amirul Mukminin pada hari ini?”

Wanita itu berkata, “Apakah keputusan Amirul Mukminin wahai puteriku?”

Beliau menjawab, “Amirul Mukminin telah mengumumkan larangan kepada rakyatnya untuk mencampur susu dengan air.”

Ibunya berkata lagi , “Wahai puteriku! campurkan saja air susu itu dengan air, kerana kamu berada di tempat yang di tempat yang tidak mungkin yang dilihat oleh Umar”.

Puterinya  menjawab, “Wahai ibu, Aku tidak mungkin mentaatinya di tempat yang terbuka, sementara aku bermaksiat kepadanya di tempat yang tertutup”.

Dan Umar mendengar percakapan keduanya, lalu ia memerintahkan, “Wahai Aslam…pergilah ke tempat itu dan lihatlah siapakah wanita itu, apakah gadis itu telah bersuami?

Aslam meneruskan percakapannya, “lalu aku pergi mendapatkan gadis itu, dan aku melihatnya masih belum berkahwin. Manakala wanita itu adalah ibunya, dan tidak ada seorangpun laki-laki di rumah itu. lalu, aku menemui Umar dan menceritakan perihal kedua-duanya wanita itu”.  

Kemudian, Saidina Umar mengumpulkan kesemua puteranya dan berkata kepada mereka," “Siapakah di antara kalian yang sudah mampu untuk berkahwin, maka akan aku nikahkan dengan gadis pilihanku. Sekiranya aku mampu untuk memanjangkan usiaku, nescaya tidak ada seorangpun daripada kalian akan akan mendahuluiku untuk menikahi gadis tersebut!”.

Abdullah R.A berkata: “Saya telah berkahwin”, dan Abdul Rahman juga berkata: “Saya juga telah beristeri”. Sedangkan Ashim berkata: “Saya belum beristeri, maka nikahkanlah saya dengannya”.

Maka, pergilah Saidina Umar kerumah wanita tersebut dan menikahkan anaknya dengan gadis tersebut. lalu, daripada pernikahan itu lahirlah seorang perempuan dan daripada perempuan tersebut lahirlah Saidina Umar bin Abdil Aziz, Khalifah Islam yang kelima.

Lihat, cerita di atas sangat memberi pengajaran kepada kita bahawa keimanan yang kental kepada Allah s.w.t akan menghasilkan natijah yang terbaik, iaitu zuriat yang hebat dan turut memiliki keimanan yang kental.

Bagaimana jika kaum wanita sejak awal lagi telah rosak peribadinya dan akhlaknya…apakah nasib zuriat yang bakal lahir daripada mereka nanti..tentunya kita tidak akan dapat merasai zuriat sepertimana Saidina Umar Bin Abdil Aziz lagi !.

Ingatlah, kaum wanita adalah pintu kepada fitnah yang sangat besar..maka, jangan sesekali dibuka pintu tersebut. Kalian adalah golongan yang sangat dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan Islam. jadi, janganlah cuba menodainya dengan perkara-perkara yang sama sekali bertentangan dengan Syarak. moga Allah s.w.t sentiasa mengampuni kita semua. Amiin…

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Mukminuun ayat yang ke 115 yang bermaksud:

"Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"

Wallahu’alam…

 

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita