;

Selasa, Februari 24, 2009

Jiwa Perjuangan!


Dalam tulisan penulis pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian salah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim yang ingin mewarnai kehidupannya dengan kegembiraan di hari akhirat kelak iaitu sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah al-Taubah ayat ke-19 yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah S.W.T telah membeli daripada orang-orang Mukmin itu diri-diri dan harta-harta mereka untuk digantikan dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah S.W.T, maka mereka akan membunuh dan dibunuh. Inilah janji yang benar yang telah disebutkan di dalam al-Taurat, Injil dan al-Quran. Barangsiapa yang memenuhi janji Allah S.W.T, maka bergembiralah kamu dengan bai’ah yang kamu bersumpah setia dengannya. Dan itu adalah sebuah kejayaan yang besar.”
Jika kita tinjau persepsi masyarakat hari ini, mereka mempunyai penilaian dan penasiran yang begitu banyak sekali mengenai erti perjuangan ini…namun bagi penulis, terlalu sedikit yang ingin memahami erti perjuangan dalam hidup mereka seagaimana ayat di atas…Contoh yang mudah dapat kita ambil dan buat kesimpulan daripada masyarakat melayu Islam kita terutamanya, bagi golongan penyanyi dan pelakon ataupun sesuai kita ungkapkan sebagai artis, maka mereka berkata bahawa perjuangan mereka adalah dalam bidang seni. Bagi golongan usahawan pula, perjuangan mereka dalam bidang perniagaan. Bagi golongan pemain bola sepak dan sebagainya, perjuangan mereka dalam bidang sukan dan banyak lagi contoh yang lain yang dapat teman-teman fikirkan bersama di sini.
Namun, perjuangan yang dinilai oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini, sebenarnya belum lagi boleh dikatakan sebagai perjuangan jika tidak mempunyai jiwa atau hati…Contoh yang mudah, sebagaimana jiwa atau hati kepada jasad kita. Ahkan tidak keterlaluan dikatakan jika hati atau jiwa ini mampu memberikan seri dalam kehidupan. Dengan hatilah, manusia berperasaan, ingin dikasihi, disayangi dan sebagainya…Jadi, apakah jasad kita ini dikira bernilai tanpa hati dan roh atau jiwa…Ia umpama mayat hidup, tiada makna dan sia-sia…Apakah hati atau jiwa kepada perjuangan ini? ianya adalah Jihad.
Perkataan jihad secara bahasanya bermaksud kesungguhan, atau kepenatan dalam kerja…Namun, dalam konteks perjuangan, jihad dinilai daripada sudut kesungguhan dalam mempertahankan dan membantu agama Islam . Tidak kiralah siapa kita, atau sebesar mana pangkat kita, namun inilah jiwa yang perlu diisi kepada perjuangan kita walaupun dalam konteks hari ini, banyak perubahan telah berlaku dalam negara kita sendiri..Kita mungkin pernah menonton filem Hati Malaya, untuk mengingatkan kembali kepada masyarakat Malaysia perjuangan menuntut kemerdekaan itu merupakan hati kepada keamanan hari ini..lihat,begitu bermaknanya erti hati tersebut.. Namun, berapa ramai yang menyedari serta mementingkan soal hati, jiwa dalam perjuangan mereka? Sehingga menyebabkan pembelaan hanya kepada diri sendiri, tidak kepada agama…Tidak salah kita berusaha mencari rezeki, tetapi yang salahnya adalah kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada agama Islam yang kita cintai ini.
Ibnu ‘Athaillah al-Sakandari pernah menyebut dalam kitab Hikamnya: “Daripada alamat atau tanda-tanda orang yang bersendiri dengan amalnya, adalah berkurangnya pengharapan (kepada Allah S.W.T) ketika berlakunya keburukan, musibah”.
Satu perkara yang perlu kita sama-sama sedari pada hari ini adalah jihad untuk melawan hawa nafsu kita sendiri…bermula daripada kemenangan kita dalam melawan hawa nafsu inilah akan menyebabkan kita tidak akan mengabaikan sebarang tuntutan dalam beragama ini…Penulis teringat kepada sebuah kisah yang belaku selepas daripada peperangan Badar al-Kubra. Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada para sahabat yang merupaka ahli Badar pada ketika itu: “Kita telah pulang daripada jihad yang kecil untuk menuju kepada jihad yang lebih besar” Maka Para sahabat terkejut dan merasa pelik, kerana bagi mereka, Badar al-Kubra adalah sebuah kemenangan yang sangat besar ertinya. Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W apakah jihad yang besar itu. Maka, nabi S.A.W bersabda: “Jihad melawan hawa nafsu”..Begitulah besarnya nilai jihad dalam kehidupan kita ini.
Bagi penulis, di antara punca kebanyakan masyarakat Islam pada hari ini tidak betul-betul menunaikan taggungjawab terhadap agama Islam adalah kerana mereka belum betul-betul memahami konsep hijrah yang sebenar…Bilamana rasulullah S.A.W telah menyatakan sejak 1400 tahun yang lampau bahawa tidak ada lagi hijrah selepas daripada pembukaan Kota Mekah, tetapi yang ada ialah niat dan jihad, memberikan satu erti dan panduan yang cukup besar kepada kita untuk menghadapi cabaran kehidupan hari ini.. Penulis timbulkan sedikit persoalan di sini, berapa ramai yang sentiasa berniat setiap apa yang mereka lakukan di dalam kehidupan mereka seharian adalah untuk membantu Islam yang tercinta serta untuk menjaga kepentingan umat Islam? Bilamana mereka berniat, nescaya dalam setiap gerak kerja mereka akan dipandu dengan perkara yang baik…Sebenarnya, niat memberikan kita satu kekuatan dan motivasi untuk melakukan sebarang pekerjaan..Contoh yang mudah boleh penulis kemukakan disini adalah puasa.. Orang yang berniat untuk berpuasa akan mampu menahan diri mereka daripada makan, minum dan syahwat bermula daripada terbit fajar hingga tenggelamnya matahari tetapi orang yang tidak berniat pasti tidak akan mampu menahannya..Di sini cukup jelas tentang hikmah yang tersirat di sebalik niat itu…Maka, ulama’ mengatakan bahawa penghubung di antara jihad dan niat sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W di atas adalah Hijrah…Jelasnya, sekiranya umat Islam hari ini memahami konsep hijrah ini, nescaya mereka akan mampu meletakkan jiwa atau hati kepada perjuangan mereka.
JIHAD BUKAN HANYA MENGANGKAT SENJATA.
Sesetengah orag cukup takut bila mendengar perkataan jihad, tapi tiada orang yang akan takut bila mendengar perkataan hati. Sebab itu penulis suka untuk menggunakan jihad itu sebagai hati atau jiwa kepada perjuangan. Jika jiwa dan jasad tidak boleh dipisahkan, begitu juga jihad dan perjuangan, tidak boleh dipisahkan juga.. Kadangkala, bila orang mendengar perkataan jihad maka mereka akan berkata bahwa jihad adalah mengangkat senjata dan berperang…Sebenarnya, jihad itu perlu difahami secara luas konsepnya. Sebagiamana yang penulis katakan pada awal tulisan penulis tadi, seiap orang yang bekerja perlu memastikan diri mereka mampu berjihad sesuai dengan kemampuan mereka agar Islam sentiasa terbela..Mari kita tinjau beberapa pandangan ulama’ mengenai konsep jihad di sini:
Contohnya, ulama' Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.
Manakala ulama' Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.
Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:
''Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesamA manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.''
Jadi, secara jelas di sini jihad bukanlah hanya berperang mengangkat sejata, tetapi juga kita menginfakkan diri dan harta-harta kita untuk menjaga kepentingan Islam serta menyeru dan berdakwah untuk menyebarkan Islam sesuai dengan kemampuan kita adalah juga jihad yang dituntut di dalam agama Islam yang hanif ini.
KEPENTINGAN ILMU.
Sebenarnya, setiap orang yang berilmu dan mempunyai sensitivity mereka terhadap Islam , pasti tidak tergamak untuk membiarkan agama Islam tanpa dibantu dan dijaga…Sebab itulah dalam apa jua tindakan kita, sedikit masa perlu diluangkan oleh kita di pagi dan malam hari untuk kita memikirkan tentang keadaan umat Islam..apalah yang boleh kita bangga dengan pencapaian kita di atas muka bumi ini sekiraya kita tidak berjaya untuk menjadi Muslim yang terbaik dalam agama kita…Kalau penuntut di sekolah dan Universiti gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap kali peperiksaan, mengapa kita tidak merasa sedih jika keputusan kita tidak cemerlang sebagai seorang Muslim..tetapi hakikatnya, manusia lebih suka kepada perkara-perkara yang boleh dinilai di depan mata mereka sahaja. Tetpi mereka tidak sedar bahawa hadiah yang Allah tawarkan adalah hadiah yang sangat bernilai iaitu Syurga yang tidak akan sekali-kali sama dengan apa yang ada di atas muka bumi ini..Penulis teringat satu kisah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W..Pada ketika itu, nabi sedang berjalan bersama para sahabat baginda. Maka, apabila tiba di suatu kawasan, maka Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah melihat seorang tua yang sedang membuang kambingnya yang sudahpun menjadi bangkai..Maka rasululullah S.A.W bertanya tentang peristiwa itu kepada para sahabat baginda. Lalu mereka menjawab bahawa bangkai itu tidak berguna lagi bagi tuannya.. Maka rasululullah menyamakan dunia dengan bangkai kambing yang tidak ada gunanya itu…Bahkan, dunia jika dinilai di sisi Allah S.W.T sekalipun, nilainya lebih kecil daripada sebelah sayap lalat..Jadi, apakah dunia yang tidak nilainya ini yang ingin dikejar oleh kita, ataupun menjadikan dunia sebagai tempat untuk bercucuk tanam segala amalan kita serta hasilnya kita akan tuai di akhirat kelak. Maka pilihan itu adalah terpulang kepada kita sebagai hamba yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan akal dan iman utuk menimbang di antara perkara yang baik dan buruk.
Sabda Rasulullah .S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang berpagi-pagi dan tidak mengambil berat keadaan umat muslimin, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka” dan dalam riwayat yang lain “Barangsiapa yang malamnya…”
Jadi, setiap orang yang inginkan kecemerlangan sentiasa mengiringi kehidupannya sebagai seorang Muslim sejati, maka dia hendaklah sentiasa menghayati dan memahami secara jelas soal ilmu lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan akhirat agar seseorang itu tidaklah terus hanyut dalam kehidupan dunia yang penuh dengan fatamorgana . Hayatilah kata-kata Saidina Ali K.W.J ini: “Serendah-rendah ilmu adalah apa yang terbit daripada lisan dan setinggi-tinggi ilmu itu adalah apa yang terbit daripada tindakan dan anggota badan”. Dan kata-kata hikmah yang berbunyi: “Minda yang besar itu berbicara soal ilmu, minda yang sederhana itu berbicara soal peristiwa dan minda yang kecil itu berbicara tentang diri oang lain”.
Penulis tidaklah mahu menulis panjang di sini, Cuma sekadar ingatan kita bersama..Kadangkala sesuatu perkara yang walaupun kita tahu tetapi tidak diperingatkan akan menyebabkan kita lalai dan leka sesuai dengan diri kita yang penuh dengan kelemahan ini..Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah ingin memudahkan urusan ibadah ke atas kamu, kerana mausia itu diciptakan dalam keadaan yang lemah”. Bahkan rasulullah S.A.W yang dipelihara oleh Allah S.W.T turut beribadat dengan penuh kesungguhan kepada Allah serta sentiasa berdoa’ untuk menyatakan bahawa baginda juga merupakan seorang hamba yang perlu bersyukur kepada Allah S.W.T, apatah lagi kita yang tidak terpelihara daripada dosa ini, perlu lebih bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Esa…Ingatlah, nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi pada hari ini adalah suatu kemuliaan bagi kita. Ibnu Taimiyah menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya…Jadi, janganlah sampai Allah S.W.T menarik kembali nikmat ini akibat kelalalaian kita sendiri..Akhirnya, semoga Allah S.W.T sentiasa meletakkan diri kita bersama golongan yang diberi hidayah dan petunjuk serta dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak diigini..Penulis menutup tulisan penulis pada kali ini dengan kata-kata as-Syahid Syed Qutb buat renungan kita bersama:
''Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.''

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita