;

Rabu, Februari 25, 2009

Ibu Singa Dan Anak Orang Utan.

Pernah satu ketika, Seorang senior penulis bercerita kepada penulis dan beberapa rakan penulis tentang kisah seekor anak Singa dan seorang pemburu. Kisah ini bertajuk Akal Manusia..Agak menarik kisah ini, tetapi tulisan penulis pada kali ini bukanlah berkisar kepada cerita ini bahkan ianya berkaitan dengan video yang penulis akan paparkan pada akhir tulisan ini nanti Insyaallah.
Kisahnya bermula begini. Pada suatu hari, Ibu Singa berkata kepada anaknya: "Wahai anakku, dengarlah nasihat ibu ini baik-baik". Lalu anak singa itu mengangguk tanda faham.

Ibunya meneruskan kata-katanya: “Berhati-hatilah kamu terhadap makhluk yang bernama manusia. Walaupun kita seekor binatang yang dianggap Raja di hutan belantara ini, namun kita tetap akan kalah dengan makhluk yang bernama manusia itu”. Lalu anak singa tersebut menyampuk: “Kenapa Ibu? Adakah ia lebih kuat daripada kita”. Maka ibu Singa memandang ke arah anaknya dan berkata sambil tersenyum: “Bukan, tetapi manusia itu dikurniakan akal fikiran dan dengan akal fikiran ini jugalah mereka mengalahkan kita”..Perbualan mereka terhenti setakat itu kerana hari sudah semakin larut malam dan si Ibu Singa menyuruh anaknya masuk tidur.
Beberapa hari kemudian, ketika mana anak Singa itu sedang sibuk bermain-main di sebuah kawasan yang agak lapang, maka ia telah melihat satu lembaga yang agak pelik.Sebenarnya lembaga itu adalah seorang pemburu yang sedang berjalan-jalan di kawasan itu. Tidak sama dengan kawan-kawannya ataupun ibunya. Lembaga itu memegang memakai topi, berseluar dan baju yang agak kemas, serta boleh berjalan dengan dua kaki sahaja. Anak singa tadi berhenti bermain, dan memerhatikan ke arah lembaga tersebut. Maka dia berkata di dalam hati: “em barangkali inilah manusia yang dikatakan oleh ibuku itu. Aku nak lihatlah bagaimana akal fikiran yang ibu kata hebat sangat tu”..Dengan penuh rasa yakin dan ingin tahu, Di anak telah terlupa pesanan si Ibu dan terus meluru dengan lajunya ke arah pemburu tadi dan menerkamnya.
Si pemburu sangat terkejut, tetapi dia tidak terus melarikan diri kerana anak singa tadi tidaklah sebesar mana..Sambil tersenyum, anak singa tadi bertanya kepada sang pemburu tersebut: “Wahai manusia, tunjukkan aku akal fikiranmu, jika tidak aku akan makan engkau”!. Sang pemburu itu panik pada mulanya tetapi kemudian dia mendapat satu akal. Lalu dia berkata, “Wahai anak Singa, bertenanglah kamu. Sesungguhnya aku akan menunjukkan akal fikiranku kepadamu,tetapi lepaskanlah aku dahulu kerana akal fikiranku telah aku tinggalkan di rumah semasa aku keluar tadi”.
Maka anak Singa yang mempercayai kata-kata Sang Pemburu itu melepaskannya dan meminta dia balik ke rumah serta mengambil akal fikiran yang ditinggalkannya itu. Sempat juga ia mengingatkan pemburu tersebut: “Awas kamu, jika kamu tipu maka aku akan kerjakan kamu tau”!
Setelah lima belas minit berlalu, maka Sang pemburu itu tadi kembali ke tempat anak Singa tersebut sambil membawa akal fikirannya iaitu perangkap! Lalu ditangkap anak Singa tersebut dan dimasukkan ke dalam perangkapnya.Maka barulah Si anak Singa tadi sedar bahawa itulah yang dikatakan akal manusia. Namun, yang hanya boleh dilakukannya hanyalah mengalirkan air mata kesedihan...
Begitulah serba ringkas cerita yang ingin penulis kongsikan di sini. Manusia sememangnya istimewa kerana dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir di antara perkara yang buruk dan baik. Namun, Allah S.W.T telah mengingatkan manusia agar tidak mencampakkan diri mereka ke arah kebinasaan yang hanya akan merugikan diri mereka sendiri..Video yang akan penulis paparkan di bawah ini berkaitan dengan perasaan kasih-sayang yang ada pada seekor haiwan walaupun bukan anaknya. Namun, manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran ada yang sanggup membuang anak walaupun itu adalah anak mereka sendiri. Maka, hendaklah kita sedar bahawa nabi S.A.W mengingatkan kita tentang hubungan yang ada di antara setiap Muslim itu bahawa mereka tidak menzalimi dan juga tidak dizalimi. Semoga sedikit perkongsian pada kali ini mampu memberi kesedaran kepada kita semua. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak mampu memebri hidayah kepada orang yang kamu cintai tetapi sesungguhnya Allah S.W.T sahajalah yang memberi pertunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya".Wallahu alam...



Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita