;

Khamis, Februari 26, 2009

Modenisasi melalui Tasawwur Islam.

Ajaran Modernisme kemodenan dalam Islam boleh disorot melalui beberapa konsep, antaranya:

i. Ijtihad – mengeluarkan pendapat berdasarkan akal yang tepat berpandukan panduan An-Naqli.
ii. Thabat – hukum yang tetap.
iii. Murunah – sifat hukum yang berubah kerana konsep lentur ( fleksibel ).
iv. Tawazun – hukum yang berimbang.
v. Syumul – hukum yang sejagat dan menyeluruh.
vi. Waqi’ie – bersifat realiti, dulu, kini dan selamanya.

Di antara dasar-dasar penting yang perlu diketahui dalam falsafah Modenisasi Islam ialah :

i) Pembangunan berteraskan konsep Tawazun; seimbang di antara material dan spiritual dengan mengutamakan spiritual terlebih dahulu.

Firman Allah S.W.T :
“Dan carilah dengan apa yang diberikan Allah kepada kamu (keselamatan) kampung akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu di dunia ini”.

ii) Pembangunan, pemodenan dan kemajuan di dalam Islam mempunyai falsafahnya tersendiri yang jelas berbeza dengan falsafah modenisasi Barat. Falsafah modenisasi dalam Islam mestilah mencakupi asas-asas berikut :

a. Tauhid – asas yang meletakkan peraturan tentang hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia dengan sumber alam.

b. Rububiah – puncak dalam sistem piramid modenisasi Islam. Segala niat dan amalan kemajuan hendaklah berada dalam lingkungan kalimah Rububiah, supaya tidak melencong kepada asas pragmatik-materialisme.

c. Khalifah – segala perusahaan sumber dan asas modal adalah wasilah atau alat menggerakkan pemodenan, Dari sinilah terbitnya konsep Islam iaitu manusia dianggap sebagai pemegang amanah Allah dalam lapangan akhlak, politik, ekonomi dan prinsip-prinsip masyarakat.

d. Tazkiah – Pemodenan adalah lambang penyucian manusia dalam semua hubungan, sama ada hubungan dengan Allah, manusia, alam sekitar, masyarakat dan negara. Pemodenan tanpa konsep tazkiah adalah bukan pemodenan yang berbaur keimanan sebaliknya dari ajaran Barat.

iii) Modenisasi hanya dapat dicapai melalui pembangunan. Pembangunan pula tercerna dari ilmu pengetahuan. Islam tidak pernah menolak ketiga-tiga unsur tersebut ( pengetahuan – pembangunan – modenisasi ). Dalam ajaran Islam, semua yang berubah disebut baharu. Manakala yang baharu pula diistilahkan sebagai bida’h mengikut istilah Fuqaha'. Bida’h dalam urusan dunia dalam soal pembangunan dan modenisasi adalah Bida’h Hasanah yang dituntut dalan ajaran Islam.

Sabda Nabi s.a.w :
“Sesiapa yang menunjukkan teladan dalam Islam dengan Sunnah Hasanah, maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikutinya...”

iv) Pembaharuan dan modenisasi mestilah membawa Al-Khair (kebaikan) dan Al-Falah (kejayaan).


Manakala, Beberapa hadaf atau Tujuan modenisasi dalam Islam boleh dilihat daripada perkara-perkara berikut :

a) Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia (Modal Insan).
b) Mengembangkan pengeluaran yang berguna.
c) Peningkatan dalam kualiti kehidupan daripada sederhana kepada maju.
d) Pembangunan yang seimbang.
e) Kewujudan teknologi dan penemuan baru daripada sudut Sains yang tidak bercanggah dengan Islam.
f) Mengurangkan pergantungan kepada dunia luar dan intergrasi yang lebih di kalangan umat Islam.
g) Mengelakkan perkara atau pekerjaan yang sifatnya Al-Laghwun (sia-sia) dan Al-Khusran (rugi).. Wallahua’lam


Bebaskan dirimu Daripada Cengkaman Nafsu!

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita