Berita penuh di sini.
KUALA LUMPUR: Kerana ingin mengaut keuntungan, ada pengusaha kafe siber di ibu kota membenarkan pelajar yang berpakaian seragam sekolah memasuki premis perniagaan mereka walaupun menyedari ia menyalahi undang-undang.
Tinjauan Metroplus di beberapa kafe siber mendapati premis berkenaan membenarkan pelajar yang memakai uniform sekolah memasuki premis itu sewenang-wenangnya.
Tinjauan di kafe siber di Jalan Ipoh di sini, jam 1 tengah hari hingga 2 petang, baru-baru ini mendapati kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada pelajar dengan majoritinya memakai pakaian seragam sekolah menengah.
Ketika tinjauan, kebanyakan pelajar asyik bermain permainan video dengan ada antara kafe siber mengenakan bayaran RM2 satu jam. Tidak ketinggalan, mereka turut menawarkan pakej istimewa dengan harga RM5 (tiga jam), RM7 (lima jam), RM8 (lapan jam) dan RM10 untuk 10 jam.
Difahamkan, terdapat lima sekolah iaitu masing-masing dua sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan berkenaan. Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai P K Chong, 38, berkata, hampir setiap hari dia melihat pelajar yang memakai seragam sekolah memasuki kafe siber sama ada berkumpulan mahu pun seorang diri.
Kesimpulannya, ia jelas mengambarkan bahawa tahap sosial di kalangan muda-mudi semakin membimbangkan. Kita sangat takuti jika zuriat yang lahir untuk mewarnai generasi masa hadapan adalah generasi yang rosak akhlaknya dan nipis peribadinya. Inilah di antara tanda-tanda kiamat yabng semakin hampir sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga rasa malu hilang daripada anak-anak".
Semoga Allah sentiasa menyelamatkan kaum keluarga kita daripada sebarang fitnah. Jagalah anak-anak dan bentuklah peribadi mereka dengan Tarbiah Islam sedari kecil agar peribadi dan akhlak yang buruk tidak menjadi darah-daging di dalam kehidupan mereka apabila mereka besar kelak.
Pihak berkuasa juga harus mengambil tindakan tegas terhadap pemilik cybercafe yang ingin mengaut keuntungan secara cepat ini kerana mereka telah membuka pintu-pintu fitnah untuk membawa generasi muda-mudi ke lembah kebinasaan!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan