;

Ahad, Mei 30, 2010

Kesatuan itu satu jihad

Bicara tentang kesatuan terkadang telah kedengaran biasa pada pandangan sesetengah pihak. Namun ada juga yang sentiasa meletakkannya sebagai suatu perkara yang sentiasa relevan di dalam kehidupan insane bernama manusia.

Sebagaimana fitrah insan itu berkehendak kepada keharmonian dan ketenangan, begitu juga mereka menghendaki fitrah kesatuan itu sendiri.

Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 138 yang bermaksud:

(Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".

Teringat penulis bahawa pernah disebutkan oleh al-Fadhil Dr Syed Ramadhan al-Bouty : “Sahabat kita, Dr Wahbah Zuhaili pernah bertanya kepada salah seorang orientalis, yang namanya Anderson, sekitar tahun 1960-an. Beliau bertanya, “Adakah wajib Jihad itu di dalam Fiqih al-Islami”? lalu dijawab oleh Anderson “Sesungguhnya, masyarakat Kristian dunia pastinya tidak boleh menerima Jihad di dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya kehidupan dunia pada hari ini mengikat mereka dengan peraturan-peraturan dunia, protocol-protokol yang tidak boleh dilanggar sesuka hati”.

Begitu juga, Anderson menyebut satu kaedah Fiqhiyyah yang diterjemah oleh beliau sebagai salah satu dalil yang menunjukkan bahawa Jihad telahpun tidak sesuai lagi di dalam dunia hari ini iaitu “Berubahnya hukum dengan berubahnya masa”.

Begitu seingat penulis beberapa petikan daripada sedikit pembacaan.

Ia jelas menunjukkan bahawa selama kita hidup di atas muka bumi ini, jihad kesatuan pastinya tidak menjadi kesukaan bagi golongan ini. Bahkan, mereka pastinya mencari kelemahan umat Islam dengan mengkaji agama Islam itu sendiri dan menggunakan dalil-dalil daripada agama kita yang mulia ini.

Namun,lebih jelas menjadi satu kedukaan yang besar bagi kita apabila kesatuan kita acap kali dirobek dengan keegoan bangsa seagama kita sendiri dalam mepertahankan Idealisme masing-masing.

Mengapa Allah S.W.T mengangkat perpaduan sebagai suatu pelajaran yang sangat penting? Tidakkah isu lain mungkin menjadi perlajaran yang lebih penting bagi kita?

Jawapannya telah ada pada kita..Kerana Allah S.W.T telahpun mengikat kita dengan tali Aqidah yang satu iaitu Tali Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T di dalam surah ali-Imran ayat 103 yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”.

Dengan jelas Allah S.W.T memberi peringatan kepada kita tentang perpecahan sebagai budaya dan amalan di dalam Jahiliyah pada waktu dahulu.

Tidakkah kita mampu berfikir dengan aqal yang waras mengenai bahaya perpecahan itu. Di saat kita inginkan kesatuan melalui persatuan kita, jemaah kita dan sebagainya, maka dengan senang dan lancang kita menyusun perpecahan untuk kesatuan yang telah terbina atas dasar yang murni dan betul.

Perpecahan inilah yang telah menjadi perencah di dalam kehidupan masyarakat Jahiliyah sehingga mereka hanya menjadi pekak dan bisu dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam.

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat 7 yang bermaksud:

(dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.

Sebab itulah juga, melalui Agama Islam yang penuh dengan kesucian ini, Allah S.W.T tidak pernah membiarkan hamba-Nya sehingga mereka tidak pernah berjumpa, bersua muka, duduk bersama, dan mendengar peringatan bagi hati mereka. Maka, dijadikanlah syariat hari jumaat itu sebagai hari yang agung untuk Umat Islam di seluruh dunia berkumpul, bersua muka, dan membina kekuatan dan kesatuan. Tidak dibenarkan bagi mereka untuk bercakap, berbual sebagai tanda taat dan patuh bahkan perlu mendengar khutbah dengan penuh Khusyuk.

Itulah antara tanda yang besar untuk menolak unsur perpecahan bagi manusia yang beriman.

Mengapa kita sanggup untuk taat pada perintah yang disyariatkan itu tetapi di dalam masa yang sama, apabila hidup berpesatuan yang juga menyuburkan kesatuan di dalamnya, kita telah mula berasa tidak senang dan mudah saja untuk membawa ideologi dan fikrah sendiri tanpa hikmah.

Hakikatnya ia tetap sama pada maqasidnya, iaitu untuk mengajak kita membina kesatuan bersama serta melaksanakan segala yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T dengan penuh amanah tatkala kita berpesatuan dan berjemaah.

Sebab itulah ada dinyatakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalaani di dalam Syarah Kitab “Fathul bari”:

”Sesungguhnya persaudaraan (Muhajirin dan Ansar) itu berlaku dua kali , sekali berlaku di antara Muhajirin, dan ia berlaku di Mekah. Dan kali kedua berlaku di Madinah, iaitu nabi Muhammad S.A.W mempersaudarakan di antara Kaum Muhajirin dan Ansar”.

Itulah satu jihad yang besar untuk memastikan bahawa kesatuan yang dibina benar-benar kukuh dan jitu. Dan Nabi S.A.W telah awal-awal lagi menolak perppecahan dengan mengikat tali ukhuwwah dan persaudaraan sebanyak dua kali!

Akhirnya, marilah kita sama-sama mengahayati setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita. Bergelar seorang Muslim sudah cukup menggembirakan kita untuk mendamba syurga Allah S.W.T yang kekal abadi.

Sabda Rasulullah S.A.W:

إنكم لا تسعون الناس بأموالكم ولكن يسعهم منكم بسط وجه وحسن خلق

Maksudnya: "Sesungguhnya kamu semua tidaklah membantu manusia dengan harta kamu, tetapi kamu membantu mereka dengan keceriaan wajah dan akhlak yang mulia”- Hadith Riwayat al-‘Iraqi dan al-Tabrani di dalam bab (Kesempurnaan Akhlak), dan Ibnu ‘Udaa di dalam (Al-Kaamil), dan al-Baihaqi di dalam " ألشعب "

Wallahu’alam…

P/S: Sila rujuk kembali surah dan ayat yang dinyatakan untuk kefahaman yang lebih dan penulis memohon maaf kerana masalah tertentu menyebabkan ayat al-Quran sentiasa tidak dapat dimasukkan di dalam setiap artikel yang ditulis. Mohon maaf.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita