Penulis mengambil sedikit peluang untuk menulis sedikit coretan buat kita bersama sempena peperiksaan yang sedang berlangsung pada ketika ini
Terkadang kita merasa bersyukur kerana Imtihan atau peperiksaan yang menjelang memberikan kita waktu lapang yang panjang untuk kita berehat...kenapa penulis katakan begitu?
Jawapannya adalah kerana kita tidak disibukkan dengan banyak kerja-kerja dunia..Kita hanya memfokuskan kepada pembelajaran dan ulangkaji pelajaran kita di samping lebih banyak ruang untuk dekat dengan Allah S.W.T..Tidakkah ia menjadi sebahagian daripada gerak kerja akhirat yang mana niatnya adalah untuk mendapatkan redha Allah S.W.T.?
Namun, satu perkara yang perlu kita sama-sama ingat adalah niat yang kita pateri di sepanjang pengulangkajian kita terhadap madah-madah peperiksaan,adakah semata-mata kerana peperiksaan ataupun niat untuk memperolehi ilmu....Jika niat kita hanyalah untuk peperiksaan, maka kita tentunya hanyalah tergolong daripada golongan yang rugi kerana usaha kita tidak diberi nilai di sisi Allah S.W.T.
Pernah satu ketika Ibrahim bin Adham datang ke rumah sahabatnya. Maka, tatkala telah dpersilakan masuk ke dalam rumah. Sahabatnya memanggil anaknya dan berkata kepadanya "Wahai anakku, tolong ambilkan sejadah yang ayah beli semasa musim haji lepas, bukan tahun lepas tetapi musim haji 3 tahun lepas". Tujuannya adalah supaya Ibrahim bin Adham mengetahui bahawa beliau telahpun menunaikan haji sebanyak tiga kali.
Maka, apabila telah diambilkan sejadah yang keadaannya agak baik dan mahal itu, Ibrahim bin Adham berkata kepada sahabatnya, "Wahai sahabatku, tatkala kamu berkata sedemikian di hadapanku, maka seluruh pahala hajimu telah hilang".
Begitulah kesan buruk yang berlaku jika biat kita terpesong daripada landasan yang sebenar, pasti segala amalan hanya menjadi sia-sia.
Di waktu Imtihan ini juga, hendaknya kita sentiasa menjadi akhlak, ibadah dan seluruh hubungan dengan Allah S.W.T. Pastinya ia sukar bagi sebahagian orang, tetapi kita hendaklah sentiasa berusaha ke arah itu. Seseorang yang melupakan Allah S.W.T akan dilihat sebagai seseorang yang tiada sifat Tawakkalnya kerana Tawakkal itu hubungannya adalah dengan Allah S.W.T.
Kata Ibnu 'Athaillah al-Sakandari di dalam kitab Hikamnya:
من علامات الإعتماد على العمل , نقصان الرجاء عند وجود الزلل
"Daripada tanda-tanda bersendiri seseorang itu terhadap amalnya, adalah berkurangnya pengharapan ketika berlaku sesuatu masalah atau musibah"
Seterusnya, sentiasalah berdoa dan berharap kepada Allah agar Imtihan yang hadir ini, memberi kita kekuatan dan motivasi untuk melakukan segala Amar makruf dan nahi mungkar. Apapun bentuk menuntut ilmu termasuklah bergelumangnya kita dengan ilmu di dalam fatrah peperiksaan ini, adalah anugerah Allah untuk memudahkan jalan kehidupan kita untuk menuju syurga yang abadi.
Sabda rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadith Riwayat Muslim:
"ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة"
Maksudnya: "Barangsiapa yang mencari jalan yang padanya menuntut ilmu, maka Allah S.W.T akan memudahkan untuknya jalan menuju ke syurga".
Di dalam kitab Riadhus al-Shalihiin oleh Imam al-Nawawi Rahimuhullah Ta'ala, diterangkan bahawa Hadith di atas memberi Faedah kepada kita tentang kelebihan menuntut ilmu, dan ia adalah jalan untuk menuju ke Syurga, kerana menjadikan manusia untuk melakukan perkara yang benar dan terang, dan menunjuki manusia kepada amal yang baik, dan menjadikan cahaya di dalam hati manusia untuk membezakan di antara perkara yang Haq dan batil dan mengetahui di antara amalan yang soleh dan amalan dan Fasad.
Akhirnya, moga-moga Fatrah peperiksaan ini tidak menjadikan kita lalai dan leka. Dan yakinlah hanya Ilmu yang mampu untuk menyuluh kehidupan kita..Tanpa ilmu, kita akan ditipu dan tenggelam di dalam lautan isu-isu dan masalah-masalah yang melanda kita.
Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Taubah ayat 105 yang bermaksud:
"Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan".
Wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan