;

Ahad, Mei 23, 2010

Panduan Adab-adab Tidur.



http://mohamadsani.files.wordpress.com/2009/09/avatar-adab-tidur.jpg

Eloklah kiranya kita mengetahui beberapa adab yang menjadi petua amalan ulama’ terdahulu ketika mereka hendak merehatkan diri agar setiap perilaku kita walaupun ingin tidur atau merehatkan anggota badan kita ini dikira sebagai ibadah. Di sini penulis kongsikan secara ringkas untuk panduan kita bersama. Selamat beramal!

1. Membersihkan diri dan bersugi.


2. Bersedia dengan menyucikan diri dan bersugi serta berniat untuk bangun Qiamullail untuk beribadah apabila terjaga di pertengahan malam.


3. Tidak bermalam barangsiapa yang padanya ada wasiat (amanah) kecuali ditunaikan wasiat tersebut (semampu mungkin) kerana ia akan menahan daripada aman untuk tidur.


4. Hendaklah tidur dengan menghindarkan diri daripada dosa serta melapangkan hati untuk setiap umat islam. Ia tidak melibatkan dirinya dengan kezaliman ke atas sesiapa jua dan berazam untuk tidak melakukan sebarang maksiat apabila dia bangun.


5. Tidak menyediakan tempat tidur yang terlalu enak hingga menyukarkan untuk bangun bagi menunaikan ibadah Qiamullail.


6. TIdak tidur pada keadaaan yang tidam memerlukan dirinya untuk tidur serta mematuhi jadual rehat hariannya melainkan sekiranya tidurnya itu diniatkan untuk bangun Qiam di pertengahan malam.


7. Hendaklah tidur dengan menghadap kiblat.


8. Berdoa dengan doa-doa yang disunatkan ketika hendak tidur, dan diantaranya adalah membaca surah al-Ikhlas serta membaca surah al-Falaq dan surah al-Nas, seterusnya ditiupkan di kedua tapak tangan dan disapukan dengannya ke wajahnya dan seluruh jasad. Bacalah juga ayat Kursi dan Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33 kali.


9. Hendaklah menganggap bahawa tidurnya itu adalah tidurnya yang terakhir dan bangunnya daripada tidur adalah hari kebangkitan baginya dan menganggap kematianya itu apabila ia tidur adalah sebahagian daripada kecintaan terhadap Allah S.W.T dan cinta untuk bertemu dengan Allah S.W.T apabila bangkit daripada kematiannya.


10. Berdoa ketika teringat dan katakanlah yang pertama:

ألحمد لله الذى أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور

Kemudian, bacalah antara ayat-ayat terakhir daripada surah Ali-Imran iaitu ayat 190 dan apa yang selepasnya, dan kemudian bertasbihlah sebanyak 10 kali diikuti Tahmid dan Takbir sebanyak 10 kali juga. Telah berkata Aishah R.Anha : "Adalah Rasulullah apabila bangun di tengah malam, maka baginda membukanya dengan solat dan baginda berdoa:

أللهم رب جبريل وميكائيل وإسرافيل فاطر السموات والأرض عالم الغيب والشهادة أنت تحكم بين عبادك فيما كلنوا فيه يختلفون اهدنى لما اختللف فيه من الحق بإذنك أنت تهدى من تشاء إلى صراط مستقيم

Kemudian baginda akan bersolat 2 rakaat yang ringan, dan diikuti dengan 2 rakaat 2 rakaat solat yang mudah dan ditutup dengan solat witir sekiranya baginda masih belum bersolat witir lagi. Terkadang baginda menjaharkan (menguatkan) bacaannya dan terkadang baginda memperlahankan bacaannya. Pandangan yang paling shahih berkaitan solat malam adalah sebanyak 13 rakaat. Wallahu’alam...

Rujukan:

Kitab موعظة المؤمنيين من إحياء علوم الدين "”, bab "Adab Tidur" oleh al-Imam al-Sayyid Muhammad Jamaluddin al-Qasimi al-Dimasyqi (1283-1332H)

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita