Satu ketika setelah penulis selesai solat maghrib secara berjemaah di
salah sebuah masjid yang tidaklah begitu jauh daripada rumah penulis di
Shouro, Qahirah Mesir ini, penulis didatangi oleh salah seorang jemaah arab. Agak putih wajahnya, berjubah dan berkopiah, warna putih jugak. Sambil tersenyum, beliau bersalaman dengan penulis dan 2 orang lagi rakan penulis yang turut sama-sama berada di dalam masjid tersebut.
Kemudian beliau pun bertanya dalam bahasa arab, “Em
saudara sujud kan lepas solat maghrib tadi, untuk apa ye?”, lalu salah seorang kawan
penulis yang berada bersama ketika itu mencelah, “untuk kesyukuran”…penulis hanya
tersenyum mendengar perkataan rakan penulis tadi…Penulis juga menjangkakan mungkin
beliau adalah Salafi.Tidak mengapalah..Kemudian muka beliau sedikit berubah lalu
berkata..”Em maaflah kalau saya bagitahu sikit..Sujud lepas maghrib nie tak warid
daripada Nabi S.A.W..jika nak bersujud, sebelum maghrib” penulis tidaklah menjawab
hujah beliau itu kerana tidaklah mahu mencetuskan perdebatan di dalam masjid yang
mulia tersebut..Lagipun perkara itu tidaklah menjadi kejutan sangat bagi penulis
kerana apa yang penulis tahu tidaklah ada waktu yang khusus untuk bersujud bahkan
pernah diriwayatkan oleh Abdul Rahman bin Auf bahawa beliau berkata: “Telah keluar
Rasulullah S.A.W pada satu ketika, maka aku mengikuti baginda, sehingga baginda
sampai di sebatang pohon kurma lalu bersujud, maka baginda memanjangkan sujudnya,
hingga aku khuatir bahawa Allah S.W.T telah mewafatkan baginda, maka aku pergi ke
arah baginda untuk melihat baginda. Ketika itu baginda pun mengangkat kepala lalu
berkata kepadaku, “Kenapa dengan kamu wahai Abdul Rahman?”. Maka aku pun
menceritakan tentang apa yang berada dalam hatiku..Lalu baginda pun
bersabda, “Sesungguhnya Jibril ‘Alaihissalam telah berkata kepadaku, “Tidakkah aku
menggembirakanmu? Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla
telah berfirman kepadamu, “ Sesiapa yang berselawat kepadamu, maka Aku akan
berselawat kepadanya, dan sesiapa yang memberi salam kepadamu, maka aku akan memberi
salam kepadanya” Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad..Bagi penulis, sedangkan baginda
yang terpelihara daripada dosa pun sentiasa bersujud di mana-mana dan pada bila-bila
ketika, apatah lagi kita yang tiada jaminan terpelihara daripada dosa ini, perlu
sentiasa sujud dan ingat kepada Allah S.W.T...
Em abis soalan tentang sujud itu, beliau tanya satu soalan lagi kepada
penulis..Soalan inilah yang agak mengejutkan penulis kerana baru pertama kali
penulis mendengarnya iaitu pasal tasbih! Sambil menunjukkan ke arah tasbih yang
dipegang oleh penulis, beliau bertanya, “Em tasbih yang saudara pegang tue kan,
saudara bawak saja ke atau berzikir dengannya?” Lalu penulis katakan, “untuk
berzikir”.. Lalu beliau pun berkata.. “Tasbih pun tak warid daripada Nabi S.A.W..
Asalnya orang-orang Majusi yang gunakan tasbih, kemudian orang Nasrani, dan
seterusnya baru diikuti oleh kebanyakan orang Islam seperti puak-puak tariqat
Syaziliah dan sebagainya dan beliau turut bacakan satu hadith mengenai zikir kepada
penulis…Seterusnya beliau bertanyakan nama penulis dan asal tempat penulis sambil
tersenyum, kemudian kembali ke tempat beliau di belakang masjid untuk sambung baca
Quran..Penulis hanya membalas senyuman beliau tersebut.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, penulis masih lagi memikirkan tentang perkara yang
dinyatakan oleh orang tersebut..Adakah orang yang berfikiran salafi seperti beliau
pun menolak tasbih untuk berzikir…jika begitu, mengapa ramai ulamak sufi dan tariqat
yang memakai tasbih, bahkan penulis pernah menonton cerita wali Songo pun, mereka
menggunakan tasbih untuk berzikir …Adakah mereka yang dekat jiwanya kepada Allah ini
tidak mengetahui tentang sunnah Rasul?..Jadi, jika begitu maka berdosalah umat Islam
yang menggunakan tasbih sedangkan mereka berzikir kepada Allah S.W.T..Kadang-kadang
penulis merasakan ada ketikanya menggunakan tasbih lebih memberikan motivasi untuk
berzikir kepada Allah S.W.T. Secara tidak langsung, ianya menjadi asbab untuk
mengingati Allah S.W.T sentiasa sepertimana kopiah juga yang menjadi lambang orang-
orang soleh…
Sesampainya di rumah, penulis diilhamkan oleh Allah untuk melihat dan membelek
beberapa buah kitab dan di antaranya kitab Fiqh Sunnah yang membahaskan masalah Fiqh
dalam mazhab Syafie sendiri tulisan Syed Sabiq… Maka penulis menjumpai satu bab
tentang membilang zikir (berzikir) dengan jara-jari lebih afdhal daripada
tasbih..Dalam bab ini, Syed Sabiq memuatkan dua buah hadith yang menerangkan bahawa
afdhal menggunakan hujung jari untuk berzikir tetapi harus menggunakan tasbih…
Daripada Yusirah R.Anha telah berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W, “ Hendaklah
mereka bertasbih, bertahlil dan mengagungkan Allah S.W.T, dan janganlah mereka lalai
kerana mereka akan melupakan rahmat Allah, hitunglah dengan hujung jari dan
sesungguhnya mereka adalah ketuanya, dan penuturnya (zikir). Hadith ini riwayat
Ashabul Sunan dan al-Hakim dengan sanadnya shohih..Hadith ini juga menjadi dalil
bahawa afdhal meggunakan jari untuk berzikir tetapi harus juga menggunakan tasbih.
Satu lagi hadith diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.Anhuma dengan katanya: “Aku
pernah melihat Rasulullah S.A.W berzikir dengan tangan kanan baginda”. Hadith ini
juga riwayat Ashabul Sunan…
Jadi, jelaslah kepada penulis apa yang dilakukan oleh Ulama’-ulama’ tetap ada
sandarannya kerana mereka adalah orang yang sangat dekat dengan Allah dan sangat
halus jiwa mereka. Penulis bukanlah hendak membangkitkan sebarang isu di sini, Cuma
sekadar sedikit perkongsian pengalaman dan supaya kita semua sentiasa dapat bersatu-
padu dan teguh di atas Tali Allah S.W.T serta menjauhi sebarang perkara boleh
menggugat perpaduan kita bersama..Semoga Allah S.W.T setiasa mencurahkan taufiq dan
hidayah kepada kita semua serta menaungi kita dengan Rahmat-Nya ..Amiin.

1 ulasan:
Salam
1. Boleh Ahli panel menjelaskan tentang hadis di bawah
Ibnu Mas’ud(sahabat Nabi) pernah melalui seorang perempuan yang ada padanya biji-bijian tasbih yang dia pergunakannya untuk bertasbih.Maka,Ibnu Mas’ud memutuskannya dan membuang biji-bijian tasbih itu.Kemudian beliau melewati seorang lelaki yang sedang bertasbih dengan batu-batu kecil lalu beliau menendang dengan kakinya lalu berkata: “Kamu telah mendahului! Kamu telah mengerjakan bidaah/bid’ah yang gelap! Kamu telah mengalahkan ilmunya sahabat-sahabat Muhammad s.a.w.!
2. Adakah perbuatan berzikir dengan menggunakan biji tasbih tidak dibenarkan
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
Saya telah menaqalkan kalam ulamak tentang masalah ini di dalam buku saya Amalan berzikir antara sunnah dan rekaan manusia seperti berikut.
Berzikir dengan biji tasbih.
Mengenai berzikir menggunakan biji tasbih atau seumpamanya, Syeikh Muhammad Bayumi ketika menuqilkan daripada Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata:
“Lebih baik meninggalkan perbuatan itu kerana sebahagian ulamak tidak menyukainya. Paling afdal, bertasbih dengan menggunakan jari-jemari seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.” (Al-Qaulu al-Mubin fi Akhta’ al-Musollin, Muhammad Bayumi, ms: 122)
Majlis Fatwa Tetap berkata:
“Bertasbih dengan tangan lebih afdal. Bahkan, tidak thabit Nabi s.a.w. menggunakan biji tasbih ketika bertasbih kepada Allah”.
Syeikh al-Albani berkata:
“Sunnah menghitung bilangan tasbih, iaitu menggunakan jari-jemari tangan kanan. Oleh itu, menghitungnya dengan tangan kiri, menggunakan kedua-dua belah tangan atau dengan anak batu, semua itu berlawanan dengan Sunnah.”
Namun, terdapat juga hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan mengunakan biji tasbih ketika berzikir. Antaranya:
Hadis Pertama
"نِعْـمَ المُـذَكِّرُ السَّـْبحَةَ، وَإِنَّ أفْضَلَ مَا يَسْـجُدُ عَلَيْهِ الأرْضُ، وَمَا أنْبَـتَتْهُ الأرْضُ"
Maksudnya:
“Sebaik-baik alat berzikir ialah biji tasbih. Ini kerana, sebaik-baik tempat untuk sujud ialah tanah dan apa yang tumbuh di atasnya (rumput).” (Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah, al-Albani, no: 83)
Hadis ini diklasifikasikan sebagai maudu’ (palsu) kerana perawi-perawinya majhul (tidak dikenali). Sebahagian mereka dikritik oleh ulama hadis. Antara perawi yang majhul tidak dikenali oleh para ulama hadis ialah Ummu al-Hasan binti Ja’afar bin Hassan. Sementara Muhammad bin Harun bin Isa bin Mansur al-Hasyimi dituduh sebagai (يتهم بالوضع ) pemalsu hadis. Imam al-Daraqutni berkata: ( لا شيء ) tidak ada apa-apa. Ibn ‘Asakir menyatakan: ( يضع الحديث ) pemalsu hadis. Al-Khatib selepas meriwayatkan hadis ini menyatakan: dan Hasyimi dikenali sebagai al-Burayyah dituduh sebagai pendusta.
Syeikh al-Albani menyatakan hadis ini jika ditinjau dari segi maknanya juga adalah batil ini disebabkan tasbih merupakan bid’ah yang tiada pada zaman Nabi s.a.w. dan ianya muncul selepas zaman baginda. Jadi bagaimanakah Nabi s.a.w. menyatakan sesuatu yang tidak ada pada zaman baginda. Dalil yang menunjukkan atas apa yang aku (al-Albani) katakan seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Waddhah al-Qurtubi dalam Al-Bida’ wa al-Nahyu anha daripada al-Salat bin Bahram:
"مر ابن مسعود بامرأة معها تسبيح تسبح به، فقطعه وألقاه، ثم مر برجل يسبح بحصى، فضربه برجله ثم قال: لقد سبقتم! ركبتم بدعة ظلماً! ولقد غلبتم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم علماً!".
Maksudnya:
Ibn Mas’ud telah melalui seorang wanita yang bersamanya tasbih yang digunakan untuk bertasbih, maka beliau menghalangnya dan membuang tasbih tersebut, kemudian selepas itu beliau lalu di hadapan seorang lelaki yang bertasbih dengan anak batu, lalu Ibn Mas’ud menendangnya lalu berkata: Sesungguhnya kamu telah mendahului (Allah dan Rasul)!, Kamu telah melakukan suatu bid’ah secara zalim!, dan kamu telah mengatasi ilmu para sahabat Nabi s.a.w.!.
Riwayat ini sanadnya sahih sampai kepada al-Salat bin Bahram dan al-Salat ini seorang thiqah dari kalangan atba’ al-Tabi’in.
Hadis ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi s.a.w, Abdullah bin Amr r.hu. meriwayatkan
"رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُ التَّسْبِيحَ بِيَمِينِهِ"
Maksudnya:
“Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengira tasbih dengan tangan kanannya.”
Juga bertentangan dengan arahan Nabi s.a.w., ketika baginda bersabda kepada sebahagian wanita:
" عليكن بالتسبيح وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّقْدِيسِ ولا تغفلن فتنسين التوحيد (وفي رواية: عن الرحمة) واعْقِدْنَ بِالأََنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولاَتٌ ومُسْتَنْطَقَاتٌ"
Maksudnya:
“Hendaklah kamu bertasbih, bertahlil dan taqdis, dan jangan kamu lalai maka kamu akan melupakan tauhid (dalam riwayat lain: rahmat) dan hitunglah dengan jari-jemarimu. Ini kerana, jari-jemati itu akan bertanggungjawab dan berkata-kata di hadapan Allah”.
Hadis Kedua
Sa’ad bin Abi Waqqash r.hu.:
"أنه دَخَلَ معَ رَسولِ الله على امرأةٍ، وبَيْنَ يدَيْهَا نَوى أو حَصَى تُسَبِّحُ بِهِ، فقال: أخبركِ بِما هو أيْسَرُ عَلَيكِ مِن هذا أو أفضَل؟ فقال: سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ ما خَلَقَ في السماء".
Maksudnya:
“Ketika aku bersama Rasulullah s.a.w., baginda telah bertemu seorang wanita pada tangannya terdapat anak-anak batu untuk bertasbih. Lalu baginda bersabda: Mahukah aku beritahu kepadamu amalan yang lebih mudah atau lebih baik daripada perbuatanmu ini? Sabda baginda: Subhanallah ‘adada Ma Khalaqa Fi al-Sama’.”( Ibid, ms: 188)
Sanad hadis ini tidak terlepas daripada dua kritikan, iaitu al-Jahalah (rawinya tidak dikenali) dan al-Inqitho’ (sanadnya terputus). Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah.
Hadis Ketiga
Sofiyyah r.a berkata:
"دخل عليَّ رسول الله وبين يدي أربعة آلاف نواة أسبح بهن، فقال: يا بنت حييّ! ما هذا؟ قلت: أسبح بهنَّ. قال: قد سبحتُ منذ قمتُ على رأسك أكثر من هذا. قلت: علمني يا رسول الله! قال: قولى سبحان الله عدد ما خلق الله من شيء"
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. menemuiku ketika aku sedang bertasbih menggunakan empat ribu biji tasbih. Nabi bersabda: Wahai anak perempuan Huyai! apakah ini? Aku berkata: Aku bertasbih dengannya. Jawab baginda: Aku bertasbih lebih banyak dari ini. Aku berkata: Ajarkanlah aku wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda: Ucaplah Subhanallah ‘adada Ma Khalaqallah Min Syai’.” ( Ibid, ms: 190)
Al-Tirmizi mendoifkan hadis ini, beliau berkata:
"هذا حديث غريب، لا نعرفه إلا من هذا الوجه من حديث هاشم بن سعيد الكوفي، وليس إسناده بمعروف، وفي الباب عن ابن عباس".
Maksudnya:
Hadis ini hadis gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali melalui hadis Hasyim bin Said al-Kufi, dan sanad hadis ini tidak dikenali, dan dalam bab ini juga terdapat riwayat dari Ibn Abbas r.hu.
Ibn Ma’in berkata: ( ليس بشيء) tidak ada apa-apa, Ibn Adiy berkata: Periwayatannya (Hasyim) tidak diikuti. dan disebabkan ini Ibn Hajar telah mendoifkan hadis ini.
Antara perkara yang menunjukkan kedua-dua hadis di atas iaitu hadis kedua dan ketiga doif (lemah) ialah hadis yang diriwayat dari Ibn Abbas tidak menyebutkan berzikir dengan menggunakan anak batu. Lafaznya seperti berikut:
"عن جويرية أم المؤمنين رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم، خرج من عندها بكرةً حين صلى الصبح وهي في مسجدها، ثم رجع بعد أن أضحى وهي جالسة فقال: ما زِلْتِ على الحال التي فارقتكِ عليها؟ قالت: نعم. فقال النبي صلى الله عليه وسلم لقد قلت بعدك أربع كلمات، ثلاث مرات لو وزنت بما قلتِ منذ اليومَ لوزنتُهُنَّ، سبحان الله عَدَدَ خَلْقِهِ، سبحان الله رضا نفسِهِ، سبحان الله زِنَةَ عرشِهِ، سبحان الله مدادَ كلماتهِ".
Daripada Juwairiyyah ummil Mukminin r.ha. bahawasanya Nabi s.a.w. keluar pada waktu pagi ketika solat subuh dan dia (juwairiyyah) juga di masjid. kemudian nabi kembali selepas dhuha sedangkan dia masih berada disitu. maka nabi bersabda: Engkau masih berada di sini. dia menjawab: ya. Maka Nabi s.a.w. bersabda: sesungguhnya aku telah mengucapkan empat kalimah sebanyak 3 kali sekiranya ditimbang dengan apa yang engkau ucapkan setakat hari ini nescaya ia akan menyamai timbangannya. Subhanallahi adada khalkihi, subhanallahi ridha nafsihi, subhanallahi zinata arsyihi, subhanallahi midada kalimatihi. (Muslim no. 2726)
Al-Albani berkata lagi hadis sahih ini menunjukkan dua perkara:
Pertama: Sesungguhnya perawi kisah ini ialah Juwairiyyah bukannya Sofiyyah seperti di dalam hadis ketiga. (Silsilah al-Doifah, ms: 191)
Kedua: Sesungguhnya riwayat yang menyebutkan berzikir dengan anak batu ialah riwayat yang mungkar dan ini disokong oleh tindakan Abdullah Ibn Mas’ud r.hu yang mengingkari mereka yang berzikir dengan menggunakan anak batu.
Catat Ulasan