;

Khamis, Januari 07, 2010

33 Penyebab Khusyuk Dalam Solat.

khusyuk Khusyuk adalah suatu perkara yang sangat sukar untuk diperolehi di dalam solat…Inilah salah satu perkara yang kadangkala menjadi kerungsingan keapda kita selaku Hamba Allah s.w.t.

Sebenarnya, kita kadangkala jarang meneliti keseluruhan solat kita tersebut. Apa-apa yang kita lakukan baik daripada sudut perbuatan, percakapan, dan rukun di dalam solat semuanya mempunyai hikmah tersendiri terhadap khusyuk di dalam solat.

Bagi sesetengah orang, mereka hanya melihat solat sebagai satu bentuk kewajipan luaran (lahiriah) semata-mata tanpa melihat daripada sudut dalaman atau Batiniah itu sendiri.

Pernah berlaku peristiwa di zaman rasulullah s.a.w. kisah seorang perempuan yang sering melakukan solat malam, tetapi masih mengeji dan mengumpat. lalu, para sahabat yang menyaksikan peristiwa aneh itu menyampaikannya kepada rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w. meminta mereka melihat kepada wudhuk yang dilakukan oleh perempuan tersebut.

lalu, apabila mereka melihatnya, barulah mereka faham bahawa wudhuk yang tidak sempurna yang telah dilakukan oleh perempuan tersebut menjadikan solatnya tidak memberi sebarang erti pun kepadanya.

Di dalam “Mausu’ah al-Mafaahim al-Islamiyyah”, disebutkan 33 perkara yang menjadi penyebab kepada khusyuk hadir di dalam solat.

Moga-moga ianya mampu diamalkan oleh kita untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. melalui solat yang kita telah lakukan.

33 Penyebab Khusyuk dalam solat:

 

Pertama: Keinginan terhadap apa yang mendatangkan Khusyuk di dalam solat.

1.  Persediaan untuk solat dan siap siaga.

2.  al-Thoma’ninah (berhenti seketika di antara setiap rukun) di dalam solat.

3. Mengingati mati di dalam solat (bersolat seolah-olah ia adalah solat yang terakhir buat kita)

4.  Mentadabbur ayat-ayat yang dibaca dalam solat dan zikir-zikir di dalam solat.

5.  Membaca ayat satu-persatu sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah di dalam bacaan solat baginda.

6.  Membaca al-Quran secara Tartil dan dan memperelokkan suara.

7.  Mengetahui bahawa Allah s.w.t. menjawab bacaan di dalam solat.

8. Bersolat dengan meletakkan Sutrah (penghalang daripada orang lalu di hadapan dan ia merupakan sunnah rasulullah s.a.w ).

9.  Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri semasa bersolat.

10. Memfokuskan pandangan kepada tempat sujud.

11. Pergerakan jari telunjuk pada tempatnya (ketika Tahiyyat).

12. Menghayati ayat, surah,doa-doa dan zikir-zikir.

13. Melakukan sujud Tilawah tatkala tiba pada tempatnya.

14. Mengikuti  keadaan para Salafussoleh di dalam solat mereka.

15. Membaca Isti’azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)

16. Mengetahui timbangan Khusyuk di dalam solat.

17. Mengetahui mengenai doa khususnya pada tempatnya di dalam solat.

18. Membaca zikir-zikir  selepas solat (tidak terus bangun daripada tempat solat).

 

Kedua: Menghilangkan panghalang-penghalang dan kesibukan yang boleh menganggu Khusyuk dalam solat.

1. Menghilangkan gangguan daripada tempat solat.

2. Tidak bersolat dengan baju yang mengandungi gambar-gambar, tulisan-tulisan yang boleh menganggu solat.

3. Tidak bersolat ketika makanan sudah terhidang kerana boleh menganggu kekhusyukan dalam solat.

4. Tidak bersolat ketika menahan sesuatu dalam masa yang lama (seperti menahan buang air kecil dan besar dan sebagainya)

5.  Tidak bersolat pada waktu kebiasaannya dia merasa mengantuk.

6.  Tidak bersolat di belakang orang yang berhadas ataupun tidur.

7.  Tidak sibuk menyama ratakan batuan (ketika bersolat di atas permukaan berbatu, kerana perbuatan itu hanya menghilangkan kekhusyukan)

8. Meninggalkan kawasan yang dikerumuni orang (kerana suasana yang ramai dan bising boleh menggangu kekhusyukan)

9. Tidak  menjadikan bacaan dalam solat kacau bilau dengan sesuatu yang lain (bunyi-bunyian dan sebagainya)

10. Jangan mengangkat pandangan ke arah langit.

11. Tidak meludah di hadapan ketika bersolat.

12. Mujahadah daripada  melakukan perbuatan menguap (cuba elakkan semampu mungkin)

13. Tidak meringkaskan solat (melakukan solat secara tergesa-gesa)

14. Tinggalkan penghalang/tabir semasa solat (ditakuti adanya penghalang boleh mengurangkan kekusyukan di dalam solat).

15. TIdak menyerupai sesuatu di dalam solat (seperti binatang dan sebagainya)

المرجع : 33 سبباً للخشوع في الصلاة - محمد المنجد - دار الوطن

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita