;

Isnin, Januari 04, 2010

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan; Tokoh Dakwah Dan Tarbiah Unggul (Vol 1)

dr%20abdullah%20nasih%20ulwan

Ketua dalam bidang Pendidikan dan Dakwah ini - semoga Tuhan merahmatinya -dilahirkan dalam kehidupan Hakim Tentera di Bandar Aleppo (salah sebuah Bandar di Syria) pada tahun 1928 dalam sebuah keluarga beragama yang terkenal dengan ketaqwaan, yang baik dan keturunannya yang murni lagi bersih, yang telah dikaitkan dengan nasab keluarga Syeikh Ali Zainal Abidin bin Al-Hussein bin Ali bin Abi Talib - Allah memuliakannya wajahnya--

Dibesarkan melalui didikan ayahnya Syeikh Saeed Saleh Alwan - semoga Allah s.w.t. Merahmatinya - dan orang-orang di Aleppo dan selainnya-Menjadikan Sheikh Saeed tempat untuk perubatan; kerana sesungguhnya beliau adalah seorang doktor dan juga farmasi bagi mengubati manusia (dengan izin Allah s.w.t) dengan herba dan akar kayu, dan lidahnya tidak pernah berhenti daripada mengingati Allah s.w.t. dan membaca Al Quran, dan ia sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. agar anaknya menjagi seorang Alim yang bijaksana dan seorang Doktor Muslim, lalu Allah s.w.t. telah mengabulkan permintaan beliau.

Ketika ia selesai mendapat pendidikan awal secara langsung daripada ibu-bapanya sebagai marhalah pertama pada tahun 1943 maka ia menyampung pembelajaran dalam ilmu Agama di peringkat menengah dan dikenali pada masa itu sebagai ( Alkhesrawiya) yang dikaitkan dengan Khusraw bina-Pasha, dan diajar pembelajaran di sana oleh ulama'-ulama' yang menjadi rakan mereka pada waktu itu .

Para ulama yang telah menjadikan hidup mereka untuk ilmu pengetahuan dan ikhlas dalam beramal, diantaranya termasuklah:

 راغب الطباخ، أحمد الشماع، عبدالرحمن زين العابدين، ناجي أبو صالح، نجيب خياطة، عبد الله حماد، سعيد الإدلبي، أحمد عز الدين البيانوني، عيسى البيانوني-Semoga Allah s.w.t. merahmati mereka .

Guru-guru di tempat tersebut menganggap mereka seperti anak-anak dan saudara-saudara mereka sendiri.

Pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh Syeikh Ragheb al-Tibbakh, yang merupakan seorang sejarawan terkenal dan telah menulis sejarah bandar kelahiran beliau sendiri, dan tokoh terkenal juga - Dr Syeikh Mustafa Sibai - semoga Allah s.w.t merahmatinya – dan beliau menjadikan mereka sebagai contoh dan ikutan.

Syeikh Nasih Ulwan juga melibatkan diri dengan Ikhwanul Muslimin pada awal masa mudanya lagi dan dikenali di antara rakan-rakannya di sekolah sebagai seorang yang benar dan berani dalam menghadapi dan mendepani isu. Juga terserlah kepimpinan dalam perintah dan tindakannya, dan pengetahuan di sekolah berkaitan penulisan dan pena yang mengambarkan semangat Muslim, dan rumahnya di Aleppo juga menjadi pusat perbincangan dan tempat perjumpaan teman-teman dan guru-guru, dan juga kemuliaan yang menyinari kesemuanya yang terbit daripada ayahnya (Syeikh Saeed) - semoga Allah s.w.t. mengasihaninya

Pendidikan :

Beliau menerima sijil peringkat menengah dalam Syariah pada tahun 1949, dan di bawah bimbingan ayahnya pergi ke Mesir untuk menyelesaikan pengajiannya di dalam ilmu Syariah Islamiah. Memasuki Universiti Al-Azhar dan menerima Ijazah di Fakulti Usuluddin pada tahun 1952, dan kemudian memperolehi Ijazah Sarjana pada tahun 1954, dan di Mesir beliau mempunyai kegiatan Islam yang besar dan luas dan saling mengadakan kunjungan dengan para pemimpin gerakan Islam.

Ketika mana datangnya ujian kepada kaum Muslimin Mesir pada tahun 1954 dan menyebabkan berlakunya ujian kehinaan kepada Syeikh Abdullah Nasih Ulwan, ia telah ditangkap, dan pada waktu itu ada beberapa madah lagi yang tinggal, namun beliau sempat menyempurnakannya dan lulus daripada University.

Adalah semasa beliau mengambil peperiksaan, tangan beliau di dalam keadaan bergari. Dan setelah selesai ujian maka dibawa ke pesawat untuk dihantar balik ke negara asalnya. Kerajaan Mesir tidak membenarkannya untuk menyempurnakan pendidikan tinggi beliau di dalam bidang P.H.D untuk mendapat gelaran Doktor. Namun beliau menerima gelaran Doktor P.h.D selepas bebarapa tempoh waktu menuntut di University of Sindh di Pakistan, dan tajuk tesis beliau ialah : "Fiqih al-Dakwah dan al-Da'iah".

Bersambung Pada Keluaran Akan datang.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita