;

Isnin, Januari 04, 2010

Isu Kalimah Allah: Di sini Rahmat Penyatuan

 

kalimah-allah Ketika isu penggunaan kalimah Allah yang telah tersenarai sebagai isu besar masyarakat umum Islam di Malaysia khususnya bergema lagi, maka rakyat kembali bangkit untuk menyatakan rasa keprihatinan terhadap keagungan Islam di Malaysia ini…Maka, penulis sesuai letakkan tajuk untuk isu ini sebagai rahmat penyatuan.

Ya…tidak dinafikan umat Islam di negara kita masih lagi mempunyai keprihatin dan sensitiviti yang tinggi terhadap agama Islam lebih-lebih lagi apabila mana-mana pihak ingin menggunakan asas yang terpenting di dalam Islam iaitu Tuhan kita maha Kuasa, Allah Azzawajalla.

Walaupun hanya kalimah, namun ianya mempunyai tahap keagungan yang cukup-cukup tinggi kerana tidak ada lagi kalimah yang terlebih tinggi daripada nama Allah s.w.t. sendiri iaitu Allah ta’ala.

Asasnya di sini…Isu-isu seperti ini sebagaimana yang dilaporkan sebagai isu yang telah lama ini adalah sesuatu yang perlu disedari  dan dimuhasabah daripada awal lagi terhdap pengurusan dasar di negara kita.

Semuanya pasti akan selesai jika dasar negara diurus dengan baik melibatkan isu-isu umat Islam seluruhnya.

Isu Kalimah Allah ini adalah merupakan salah satu amaran daripada Allah s.w.t. sebenarnya jika dilihat secara tersirat agar umatya Islam kemabali bersatu untuk meninggikan Islam di bumi Malaysia ini.

Ia menyebabkan kita berfikir, jikalah dasar berkaitan penggunaan kalimah Allah s.w.t. tidak ada penegasan dan prinsip yang khusus untuknya, ini melambangkan pengurusan dasar-dasar Islam adalah begitu longgar terhadap perkara-perkara lain juga.

Kita harus sedar, kehadiran rakyat yang berbilang agama dan kaum di negara ini akan menjadikan banyak polemik dan isu-isu boleh mewarnai sistem pengurusan negara. Jadi, jika dasar-dasar Islam masih belum dapat diperkasa dan diperkuatkan, maka selagi itulah rakyat akan dihantui denagn kebimbangan terhadapa masa hadapan Islam di negara ini.

Kerajaan perlu bersedia untuk memacu Islam selaras dengan orientasi pembangunan yang berlaku sekarang jika inginkan sinar Islam merahmati seluruh bumi Malaysia ini.

Bebepapa masalah sebagaimana yang kita ketahui adalah Majalah “Herald” tersebut mempunyai kebenaran perlembangaan, itu satu.

Kedua, penggunaan kalimah Allah memang terdapat di dalam kitab-kitab Samawi yang lain seperti Taurat, Zabur dan Injil.

Di mesir contohnya, golongan Kristian yang rata-rata berfahaman Ortodok di sini menggunakan turut menggunakan kalimah Allah seperti di sebahagian bangunan mereka, malah ada yang mengungkapkan salam di saat berjumpa sebagai adat kebiasaan. Cuma bezanya, mereka akan mempunyai tanda salib di bawah pergelangan tangan mereka dan tatkala berjalan agak tunduk ke hadapan.

Bagi paderi-paderi besar mereka kebiasaannya memakai seban dan jubah hitam, serta digantung tanda Salib yang besar di atas tengkuk. Bagitulah sepanjang pengamatan penulis di Mesir ini.

DI Mesir, mereka tidak menjadikannya sebagai tanda penghinaan kerana  itulah juga Tuhan yang mereka percayai selain Isa Alaihissalam atau Jesus sebagai Tuhan.

Namun, ianya boleh menjadikan satu penghinaan jika penggunaan kalimah Allah s.w.t digunakan untuk tujuan menjatuhkan Islam serta menghinakannya. Ini yang ditakuti.

Asasnya, kerajaan perlu untuk melaksanakan satu akta yang ketat dengan prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin yang tegas terhadap penggunaan kalimah Allah s.w.t. ini bagi bukan Islam sebagaimana dalam isu ini.

Perbincangan secara terperinci dan menyeluruh sebagai langkah awal dengan mereka juga perlu untuk tujuan menjaga kesucian agama Islam itu sendiri.

Jika, keputusan terus dilaksanakan tanpa melihat daripada seluruh sudut penting terhadap survival Islam yang menjadi agama rasmi dalam negara kita, maka ditakuti akan mengundang kesan-kesan yang lebih buruk terhadap perjalanan Islam di negara ini kelak.

Islam lahir sebagai rahmat yang berprinsip, jika negara tiada perinsip ,maka Islam tidak mampu ditegakkan!

Ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk dilaksanakan jika kita tidak mahu apa-apa yang berkaitan maruah umat Islam dicabar.

Dunia akhir zaman ini terlalu menggesa kita semua untuk berhati-hati dan berwaspada terhadap musuh Islam yang mempunyai 1001 cara untuk melenyapkan Islam daripada muka bumi ini.

Cukupklah kita mengambil potongan ayat yang berupa Inzar daripada Allah s.w.t. sebagai peringatan buat diri kita bersama.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.

Jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai muhasabah bersama terhadap kelalaian dan kealpaan kita kepada Allah s.w.t. Jika kita cintakan Islam, bantulah Islam dengan memperjuangkannya di atas landasan yang benar, bukan hanya mengejar kepentingan duniawi semata-mata hingga Islam terabai. Semoga kita sentiasa diberi Taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t.. Amiin Ya Rabbal ‘Alamiin..Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita