;

Isnin, Januari 18, 2010

Nikmat hidup Di Bawah Bayangan al-Quran.

 

2

Al-Quran mengungkapkan kenikmatan yang besar kepada pendampingnya yang membaca, meneliti dan memahami.

Tidak ada nikmat yang terlebih baik daripada dapat mendamba cinta Allah s.w.t melalui alunan kalamNya yang suci.

Segarkan dan mekarkanlah hatimu hai teman dengan kemuliaan dan kesegaran al-Quran.

Usahkan biarkan hatimu kering dan merekah tanpa dibajai dengan kelazatan dan haruman alunan kalam al-Quran yang maha suci.

Manusia tidak lapar dan haus dengan jasadnya kerana setiap hari mereka makan, tetapi manusia gersang, lapar, dan haus jiwanya kerana tidak mendapat makanan rohani.

Akibatnya, mereka menjadi tidak keruan lalu mencari makanan dan minuman yang jauh daripada embun-embun keimanan yang menghiasi jiwa.

Hai teman, jiwaku terasa nikmat hidup di bawah bayangan al-Quran, maka aku ingin dikau merasakannya jua.

Apakah dikau tidak pernah merasai nikmat hidup di bawah bayangan al-Quran?

Melalui al-Quran, Allah s.w.t.  memberi tunjuk ajar kepada hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia? itulah persoalan yang dirungkai oleh al-Quran di jiwa kita.

1. Di bawah bayangan al-Quran, sifat-sifat kejahiliyahan dicabut dari dalam diri manusia serta digantikan dengan sifat-sifat yang murni lagi mahmudah.

2. Di bawah bayangan al-Quran, tanah-tanah dan paya-paya yang busuk dengan air dosa dan noda digantikan dengan tanah-tanah dan paya-paya yang subur dengan air hujan rahmat.

3. Di bawah bayangan al-Quran, keseimbangan di antara manusia dan alam buana dijadikan mengikut acuan yang benar. Mereka tidak lagi mengurus alam dengan nafsu sendiri.

4. Di bawah bayangan al-Quran, manusia akan tahu hakikat alam itu mencakupi dunia dan akhirat. Habuan yang mereka perolehi bukanlah sepenuhnya, kerana yang palingu tama adalah akhirat yang berkekalan.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra’ ayat 44 yang bermaksud:

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah.”

5. Di bawah bayangan al-Quran, manusia mengetahui bahawa mereka jauh lebih mulia daripada penilaian terhadap diri mereka sendiri.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Hijr ayat 29 yang bermaksud:

“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan padanya roh ciptaan-Ku, maka rebahkanlah diri kamu sujud kepada-Nya.”

6. Di bawah bayangan al-Quran, hakikat setiap kejadian itu adalah berasas dan bersebab, tidak ia diciptakan secara membuta tuli oleh Maha pencipta.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Qamar ayat 49 yang bermaksud::

“Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi”

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Furqaan ayat 29 yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya. Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu-satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan:

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Baqarah ayat 268 yang bermaksud:

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”

Hiduplah kalian di bawah bayangan (Zilal) al-Quran itu…Dampingilah ia setiap waktu…Jika kita mampu mendampingi sebarang novel serta menjadikan ia sebagai teman, mengapa hati kita tidak tega untuk menjadikan al-Quran sebagai teman hidup..fikirkanlah.

Diadaptasi oleh penulis daripada Sebahagian Muqaddimah Tafsir Fi Zilal al-Quran (Di bawah bayangan al-Quran) oleh al-Syahid Syed Qutb Rahimahullahi Ta’ala ‘Alaih.

Al-Fatihah buat roh beliau.Amiin Ya Rabbal ‘alamiin..

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita