1. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.”
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung,sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.”
(hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)
3. Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”
(hadis riwayat Ahmad)
4. Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(hadis riwayat Muslim)
5. Daripada Ummu Bujaid r.ha, beliau berkata: Wahai Rasullullah! Sesungguhnya orang yang miskin sering datang ke rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya. Maka rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya.”
(hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)
6. Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Perbuatan-perbuatan baik melindungi serangan jahat.”
(hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)
7. Daripada Abu Dzar r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Janganlah kamu menghina kebaikan sedikitpun , walaupun sekiranya kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.”
(hadis riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan