Wahai insan yang bernama Hawa,
Allah S.W.T menciptakanmu dengan penuh hikmah,
Dijadikan dripada tulang rusuk insan yang bernama adam,
Untuk melengkapi sebuah kehidupan,
Allah memilihmu,
Sesuai dengan martabatmu,
Agar engkau menjadi,
bidadari di syurga abadi,
Wahai insan yang bernama hawa,
walaupun jiwamu lembut,
namun di sebalik kelembutan itu,
tersirat sebuah kekuatan,
yang berhasil daripadanya,
sebuah keyakinan dan ketulusan...tanganmu yang kecil dan halus itu, mampu mengoncang dunia ini,
Wahai insan yang bernama Hawa.
terpilih dirimu,
kerana kecekalanmu,
dirimu telah melahirkan jiwa-jiwa pemuda yang bangkit,
menggalas sebuah perngorbanan untuk ummah,
Siapa Maryam yang mulia itu,
seorang wanita cekal yang melahirkan...insan mulia lagi hebat,
Siapa pula Aisyah,
deorang isteri kepada Rasul tercinta...wanita bijak manis tutur kata,
Siapa pula Asiah...juga seorang wanita,
sanggup memilih jalan syahid,
daripada tergadai sebuah mutiara iman,
Siapa pula sumayyah,
tangan yang lembut memegang putera,
mengonggang dunia dengan jiwa beraqidah,
perginya membawa nama pejuang,
Siapa pula Rabiah Adawaiyyah itu,
juga seorang wanita...yang jiwanya kudus hatinya tulus,
meninggalkan cinta dunia,
untuk mencari cinta pencipta,
Dan siapa pula siti khadijah,
wanita cekal tabah,
memperjuangkan ummah,
menjadi isteri solehah setulus cinta pada ilahi,
Wahai insan yang bernama hawa,
Dikau dimuliakan kerana agama,
Dikau berharga kerana maruah,
lihatlah kepada wanita-wanita ini,
yang teguh dengan tali agama,
mempertahankan sebuah perjuangan,
tanpa tergadai sebuah maruah,
Jika dikau mahu mencari kemuliaan itu,
Maka binalah kemuliaan dalam diri,
kerana jika dirimu mulia,maka mulialah dunia ini dengan cahaya,
dan jika dirimu hina,maka hinalah juga dunia ini dengan fitnah,
Wahai insan yang bernama Hawa,
carilah cinta Allah,
nescaya engkau akan menemui kemanisan cinta,
carilah kasih-sayang Allah,
nescaya engkau akan menemui kemanisan sebuah kasih-sayang,
jauhilah dosa,
nescaya engkau akan menemui rahsia pencipta,
Jauhilah fitnah,
nescaya engkau akan menemui qiimaah,
Agar keyakinanmu terus padu,
agar ketulusanmu terus jitu,
untuk sama-sama menggalas beban dakwah,
membina sebuah kenangan terindah,
di bawah naungan,
Khilafah Islamiyyah...
Wahai insan yang bernama Hawa,
semoga dirimu,biadadari di syurga hakiki...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan