Ahad, November 16, 2008
Dari Abdullah bin Amr bin Ash bahwasanya Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya tanda pertama yang keluar (yang menunjukkan sangat dekatnya waktu hari kiamat) ialah terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya sejenis binatang di hadapan orang banyak di siang hari. Bila di antara kedua tanda ini sudah keluar lebih dulu, yang lain akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama.” (H.R. Muslim dan Abu Daud).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan tiba hari kiamat sebelum matahari keluar dari arah barat. Jika matahari telah terbit, maka seluruh manusia beriman. Beriman di saat tidak ada gunanya bagi diri mereka yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang tadinya belum pernah berbuat baik selama dia beriman.” (H.R. Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh belum akan tiba hari kiamat sebelum kamu semua (kaum muslimin) memerangi kaum Yahudi, sampai-sampai batu yang di belakangnya ada orang Yahudi bersembunyi berkata, ‘Hai orang Islam! Ini ada orang Yahudi bunuhlah ia!’.” (H.R. Bukhari dan Muslim).
Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat RA, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)
Dari Auf b. Malik r.a.Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari
kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." (Pengisytiharan baitulmuqaddis sebagai hak Israel)--Hadis riwayat Bukhari
Dalam hadis lain diriwayatkan bahwa Jibril a.s., bertanya kepada Rasulullah saw. perihal tibanya hari kiamat, lalu beliau menjawab, “Tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya.” Penanya berkata lagi, “Beritahukanlah pada saya tanda-tandanya.” Beliau menjawab, “Apabila sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang lagi miskin dan penggembala kambing bermegah-megahan dalam gedung besar.” (H.R. Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". -Hadis riwayat Al-Termizi
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". -Hadis riwayat Ibnu Majah
Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor lembu untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak- lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.
Dari Abu Darda r.a bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: “ Sesungguhnya kamu sekalian pada hari Kiamat akan dipanggil dengan nama kamu sendiri, dan nama bapa kamu. Kerana itu hendaklah memperindah nama kamu” Hadis riwayat Abu Daud
Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.” Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.” Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke syurga.(HR. Thabrani)
Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari )
Dari Aisyah ra berkata,”Rasulullah SAW pernah ditanya tentang seseorang yang berzina dengan seorang wanita dan berniat untuk menikahinya, lalu beliau bersabda,”Awalnya perbuatan kotor dan akhirnya nikah. Sesuatu yang haram tidak bisa mengharamkan yang halal”. (HR. Tabarany dan Daruquthuny).
Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: "Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).
Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi. (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.(Hadis riwayat Muslim )
"Akan datang suatu masa, umat lain akan memperebutkan kamu, ibarat orang-orang yang lapar merebutkan makanan dalam hidangan." Sahabat menanyakan: "Apakah lantaran pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit, Ya rasulullah?" Dijawab oleh baginda: "Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung diatas air. Dan dalam jiwamu tertanam kelemahan jiwa." Sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan dengan kelemahan jiwa Ya Rasulullah?"Baginda menjawab: "Iaitu cinta dunia dan takut mati." (Riwayat Abu Daud)
Dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan:"Manakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: "Solat tepat pada waktunya." Dia (Abdullah) bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua." Dia bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah."
Dari Anas bin Malik Ra ia berkata: "Pada suatu hari Rasulullah SAW meringankan bacaan solat subuh (Dalam hadis yang lain: Beliau membaca dua surat yang paling pendek) Kemudian beliau ditanya: "Kenapa anda meringankan bacaan? Beliau menjawab : "Aku mendengar tangisan anak kecil, maka aku mengira ibunya sedang sholat bersama kita, sehingga aku bermaksud ibunya segera mengurusi anak tersebut" (HR. Ahmad)
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan