;

Jumaat, November 28, 2008

Jauhi Jahiliyah!


Seketika
termenung, penulis teringat kembali kepada kata-kata yang pernah diucapkan oleh Umar bin al-Khattab, yang merupakan Amirul Mukminin dan Khalifah Islam yang kedua, yang dikenal sebagai seorang yang sangat garang dan bengis semasa zaman jahiliyyahnya tetapi menjadi seorang insan yang sangat lembut hatinya dan sentiasanya menangis mengenangkan dirinya dan diri rakyat-rakyatnya. Daripada zuriat Saidina Umar itu jugalah lahirnya Saidina Umar yang kedua iaitu Saidina Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan jiwa hambanya.

Kita mungkin pernah mengetahui daripada sejarah bahaw
a dua orang khalifah berjiwa rakyat ini sanggup turun melihat keadaan rakyat di waktu malam yang gelap gelita kerana begitu takutkan azab Allah S.W.T dan kerana merasa beratnya amanah yang dipikul oleh mereka.. Bagimana dengan zaman kepimpinan Saidina Umar bin Abdul Aziz yang telah diakui oleh Rasulullah S.A.W. sebagai zaman yang cemerlang sebagaimana perkhabaran baginda terhadap Huzaifah al-yamani yang merupakan penyimpan rahsia kerapa rasulullah S.A.W dengan diakhiri perkahabaran tersebut dengan sabda baginda "Hendaklah kamu melazimi jamaah Umat Islam dan ketuanya"...

Mutakhir ini, kita begitu sukar mencari pemimpin yang jiwanya sebegitu halus dan lembut dan begitu adil kepimpinannya...Mungkin inilah petunjuk atau isyarat terhadap kesatuan rakyat itu sendiri kerana ungkapan yang terbaik untuk menerangkannya adalah ungkapan yang bermaksud: " Manusia itu di atas agama pemerintahnya"..Maknanya, jika baik seseorang pemimpin itu, insyaallah rakyat di dalam negaranya akan baik dan begitulah sebaliknya..Mungkin pembacanya pun dapat menilainya secara waras.

Sebelum penulis menulis mengenai ucapan saidina Umar tersebut, penulis ingin memetik beberapa wasiat Saidina Ali bin Abi Talib untuk diambil pengajarannya..Saidina Ali pernah berkata: "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, maka tidak ada keuntungan yang lebih besar daripadanya. Wasiat tersebut adalah:

1. Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada tuhanmu.
2. Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3. Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar kalau kamu tidak tahu.
4. Hendaklah orang alim berkata "Aku tidak tahu" apabila dia memang tidak tahu.

Empat wasiat di atas mempunyai nilai yang cukup besar dalam kehidupan kita kerana sememangnya kita tidak akan lari daripada berharap kepada Allah S.W.T dan menuntut ilmu di atas muka bumi ini. Perlu diingat, bahawa bumi ini bukanlah tempat untuk kita diami selama-lamanya tetapi hanya persinggahan sementara.

Secara mudahnya , contohnya jika kita hanya singgah ke kedai sebentar untuk membeli barang sebelum kita meneruskan kewajipan kita, adakah kita akan terus berada di situ dan duduk sebagaimana kita duduk di rumah kita sendiri..Pastinya tidak bukan...Mungkin bagi sesetengah orang, pertanyaan ini tidak logik..Tetapi sedar atau tidak, yang tidak logik inilah yang kita sering lakukan...Kita seolah-olah tidak mengetahui hakikat kehidupan di atas muka bumi ini!

Mengapa penulis sebutkan demikian? kita harus tahu bahawa rumah sebenar kita adalah akhirat yang kekal abadi. Jadi, kita singgah di dunia ini hanyalah untuk bercucuk tanam segala amalan kita dan tiba waktunya kita akan kembali dengan membawa amalan kita tersebut..jika kita bercucuk tanam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, maka kita akan mendapat hasil yang baik bukan? inilah realiti yang Allah tunjukkan secara tersirat untuk difikirkan oleh manusia...Sebab itu banyak kali diulang ayat "Apakah kamu tidak berfikir", "Apakah kamu tidak berakal", "Apakah kamu tidak mendengar", "Apakah kamu tidak melihat" dan sebagainya...Inilah tujuan kita dihidupkan oleh Allah S.W.T di ats muka bumi ini, agar kita sentiasa berfikir dan akhirnya kita akan menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah juga cemerlang di akhirat.

Kita mungkin sering mendengar para pengkaji Islam daripada orientalis sendiri, setelah mereka mengkaji Islam, maka mereka mendapat hidayah kerana kagum dengan kehebatan agama Islam itu sendiri..baru-baru ini, penulis ada melihat satu video yang menunjukkan tentang pengharaman daging babi..hanya menggunakan air coke dan daging babi, maka dalam tempoh dua jam terbukti bahawa daging babi mempunyai parasit yang sangat merbahaya...apabila air coke itu dicurahkan ke atas daging babi dan dibiarkan selama lebih kurang dua jam,maka parasit yang berada di dalam daging babi tersebut keluar..dan parasit tersebut jika masuk di dalam badan manusia tidak akan mati atau sangat sukar untuk mati. Inilah antara realiti yang perlu diketahui selain banyak lagi perkara-perkara lain.

Begitu juga dengan orang kafir, mereka di akhirat nanti pasti akan menemui penyesalan dan ingin meminta untuk kembali ke dunia walaupun seketika tetapi itu semua tidak mungkin lagi..Allah S.W.T telah menjelaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan kami akan memperlihatkan setiap amalan yang kamu lakukan maka Kami jadikan mereka senua bagai debu-debu yang berterbangan".

Inilah hakikat amalan yang telah dilakukan oleh orang yang memutuskan diri mereka dengan tali Allah S.W.T yang hanif ini. Segala amalan mereka hanyalah sia-sia..Contoh yang mudah penulis boleh berikan adalah apabila seorang tukang kebun yang bekerja di kebun tuannya tetapi lari untuk mengerjakan kebun orang lain yang menjanjikan habuan yang menyeronokkan , maka di akhir bulan tukang kebun ini meminta gaji daripada tuan kebun yang tidak diusahakannya, maka adakah tuan kebun tadi akan menunaikan hajatnya. Tidak sama sekali, bahkan juga mungkin mendatangkan kemarahan kerana memungkiri janjinya yang telah dibuat.

Begitulah juga kita sebagai hamba dengan Maha Pencipta kita, sebelum lahirnya kita ke dunia ini kita semua telah berjanji akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah S.W.T. Tetapi apabila kita dapat melihat dunia ini, kita dengan senang mengingkarinya.Tidakkah ini akan mendatangkan kemarahan Allah S.W.T.? Secara waras, kita semua telah dapat memikirkannya bukan? Maaflah kerana apa yang ditulis ini adalah hasil daripada perasaan penulis sendiri kerana manusia yang sebegini begitu sombong dengan nikmat yang Allah berikan sehingga melupakan Allah S.W.T..Adakah kita sanggup melupakan ibu-bapa kita? sebagai anak-anak yang patuh ajaran agama tentulah tidak bukan, tetapi kenapa dengan Allah kita begitu mudah lupa..tidakkah Allah S.W.T itu Tuhan yang lebih lebih layak kita agungkan?

Penulis tidaklah mahu memanjangkan lagi kalam ini tetapi apa yang terlebih utama bagi kita sebagai umat yang dianugerahkan dengan nikmat Iman dan Islam haruslah dan wajiblah sentiasa menginsafi diri kita sendiri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita..Ingatlah bahawa kita telah diikat dengan ikatan Aqidah yang tidak mungkin goyah tetapi semuanya terpulang kepada kiat sendiri untuk memilih jalan kenabian ataupun jalan Taghut..Akhirnya semoga kita semua sentiasa berada di atas jalan yang betul lagi lurus.

Jadi, sebagai menjawab persoalan yang penulis kemukakan pada permulaan kalam penulis tadi, Ingatlah kata-kata Saidina Umar yang memaparkan kebimbangan beliau terhadap umat akhir zaman yang bermaksud: "AKAN TERUNGKAILAH IKATKAN ISLAM SATU-PERSATU BAGI SESIAPA YANG LAHIR DI DALAM KELUARGA MUSLIM TETAPI TIDAK MENGENAL ERTI JAHILIYYAH!


Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita