;

Ahad, November 16, 2008


Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. '

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.
Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang.(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah.'

Demi Allah yang diriku dalam kuasa-Nya, kamu tidak akan masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sebelum kamu cinta-mencintai dan sayang-menyayangi satu sama lain. (Riwayat Muslim).

Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-
Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian (Hadis riwayat Muslim)
Sampaikanlah apa-apa yang datang dariku walaupun satu ayat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Sesempurna-sempurna iman seorang mukmin adalah mereka yang paling bagus akhlaknya. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Baro’ bin ‘Azib berkata: Kami diperintahkan oleh Rasulullah saw untuk menjenguk yang sakit, menghantar jenazah, mendoakan orang bersin, berbuat baik (adil) dalam pembahagian, menolong orang yang dizalimi serta mendatangi/ memenuhi undangan dan menyebarkan salam. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '

Sabda RASULULLAH S.A.W: “Mahukah kamu sekalian saya beritahu sebaik-baik amal perbuatanmu, dan perbuatanmu yang paling suci di sisi Tuhanmu, amal perbuatan yang paling tinggi untuk memperoleh darjatmu, dan yg paling bagus di dlm mendermakan emas dan perak, serta sesuatu yg paling bagus daripada kamu sekelian berjumpa musuhmu kemudian mereka kamu pukul lehernya atau kamu yg dipukul lehermu? Iaitu zikir/ingat kepada Allah ta’ala”.

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, prihatin terhadap suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang kamu pimpin.

Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Umar bin Khattab r.a, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah". Riwayat Imam Bukhari.

Nabi s.a.w. bersabda; "Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi

Dari Abdullah r.a., katanya Nabi SAW bersabda,"Memaki orang muslim adalah durhaka (fasik) dan membunuhnya kafir." H.R. Bukhari

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari

Sabda RASULULLAH S.A.W: “Mahukah kamu sekalian saya beritahu sebaik-baik amal perbuatanmu, dan perbuatanmu yang paling suci di sisi Tuhanmu, amal perbuatan yang paling tinggi untuk memperoleh darjatmu, dan yg paling bagus di dlm mendermakan emas dan perak, serta sesuatu yg paling bagus daripada kamu sekelian berjumpa musuhmu kemudian mereka kamu pukul lehernya atau kamu yg dipukul lehermu? Iaitu zikir/ingat kepada Allah ta’ala”.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Saidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Saidina Umar r.a bertanya Saidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andaikata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka. (Sahih Muslim)

Jabir berkata: “Kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu peperangan. Ketika kami kembali ke Madinah, kami hendak masuk (ke rumah-rumah kami). Maka beliau bersabda: “Sabarlah, sampai masuk malam, agar isteri berhias dari kusut masai dan berdandan (berhias) perempuan yang (lama) dtinggalkan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." Riwayat: Abu Daud dan Tirmizi

Perawi Hadith : Abu ad-Dardaa' r.a Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Dari Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bersahurlah. Sesungguhnya sahur itu berkat." - Riwayat Al Bukhari & Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan." - Sahih Muslim

Dari Sahl b. Saad Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang yang segera berbuka puasanya sentiasa dalam kebaikkan." - Riwayat Bukhari & Muslim

Anas r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda; "Lima macam yang membatalkan puasa dan membatalkan wuduk: dusta, mengumpat dan bermuka-muka dan melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan sumpah palsu." - Riwayat Al-Azdi & Addailami

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Makan sahur itu berkat, kerana itu jangan kamu tinggalkan walau seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang sahur dan malaikat mendoakan orang yang sahur." - Riwayat Ahmad

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ada lelaki datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan dia ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah aku puasa untuk membayar puasa itu?" Jawab Nabi s.a.w.; "Ya boleh! Hutang kepada Allah lebih berhak untuk di bayar." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.

2. Para malaikat selalu meminta keampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)

Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: “ Barang siapa berkata kepada seorang kanak kanak: ‘ Kemarilah dan ambillah’, tapi kemudian ia tak diberikan apa, maka ia telah melakukan satu pendustaan.” -Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Dunya;

Rasullullah SAW telah bersabda: “Org yang terbaik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”

Daripada Muaz Bin Jabal r.a bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda: “ Jauhilah olehmu sekalian bermewah-mewah, kerana hamba-hamba Allah bukanlah org yg suka bermewah-mewah” -Hadis riwayat Ahmad & Abu Naim

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR. Ibn Hibban)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.- Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita