;

Jumaat, November 14, 2008

Mengapa dikau menangis!

Mengapa dikau menangis...?

Penulis tiba-tiba diilhamkan sedikit ilham oleh Allah S.W.T untuk memilih tajuk ini untuk cacatan kali ini. Sebenarnya, menangis , gembira dan sebagainya adalah merupakan gambaran perasaan yang cukup hebat untuk mengambarkan pendirian seseorang. Percaya atau tidak, kita semuanya telah melalui berbagai perasaan ini semenjak kita lahir hingga sekarang.

Cukup kita sama-sama ambil sedikit masa dan merenung sejenak ke dalam diri kita. Walaupun mungkin cacatan ini tidaklah panjang dan penulis pun tidaklah ingin mengambil waktu untuk menulis panjang pada kali ini..cukuplah kita mengambil sedikit manafaat walaupun dengan hanya berfikir sejenak...bukanlah ia lebih baik daripada tidak berfikir langsung dan hanya sibuk dengan kehidupan seharian...betul atau tidak teman-teman lebih layak untuk untuk membuat penilaian...Mungkin contoh yang boleh kita ambil adalah adik-adik kita yang masih di peringkat kanak-kanak kecil lagi. Tatkala mereka lalu berhampiran kedai permainan contohnya dan ternampak permainan yang mereka sukai, pastinya senjata ampuh yang digunakan adalah tidak mahu berganjak daripada tempat tersebut, menangis dan terus menangis, memberontak dan sebagainya, untuk memastikan kehendak mereka tercapai. Natijahnya, ibu atau bapa kita yang terkenal dengan sifat penyayang mereka pasti akan mengalah dan seterusnya membelikan adik-adik kita permainan yang mereka kehendaki. Contoh yang lebih jelas boleh penulis tunjukkan adalah bahasa kanak-kanak atau bayi yang baru lahir itu sendiri. Allah S.W.T punyai hikmah tersendiri terhadap kejadian makhluknya sebegitu rupa...satu persoalan, mengapa bayi-bayi ini perlu menangis, tersenyum dan sebagainya. bagaimana mereka boleh tahu untuk beradaptasi dengan bahasa perasaan ini sedangkan mereka tidak pernah mempelajarinya. Namun itulah hakikatnya, Allah S.W.T telah memberikan warna kepada dunia ini dengan berbagai perasaan. dan manusialah yang perlu mengatur perasaan-perasaan itu agar kehidupan jadi lebih bermakna. Sekali lagi penulis serahkan kepada teman-teman untuk membuat penilaian. Lihatlah kepada keluarga kita, guru kita dan kawan-kawan kita, adakah mereka telah betul-betul menggunakan persaan tersebut dengan sebaiknya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Jika benar, optimis penulis katakan bahawa teman-teman pasti akan merasai kemanisannya. Kebenarannya kata-kata penulis ini boleh dilihat daripada maksud sebuah hadith yang mana nabi S.A.W pernah bersabda: "Setiap ruh itu telah dikumpulkan di sebuah tempat, jika ruh-ruh tersebut punyai tabiat dan kecenderungan yang sama,maka pastinya akan bertaut di dunia Tetapi jika tidak, maka ia akan berpisah di dunia." Begitu juga bilamana Allah S.W.T menyatakan secara jelasnya dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara saudara-saudara kamu. dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T supaya kamu menjadi orang yang dirahmati...pun begitu, yakinlah bahawa jika perasaan yang mengawal kita, bukan kita yang mengawal perasaan, maka kita tidak akan merasai kemanisan bahkan akan merasai kesengsaraan...lihatlah contoh yang berlaku kepada anak muda pada zaman ini. Mereka menggunakan perasaan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jadi, lihatlah kesannya yang berlaku. Jiwa mereka begitu lemah dan goyah. Iman mereka begitu tipis. Rohani mereka begitu gersang sebagaimana mereka membeli al-Quran dan kemudian dibiarkan tanpa dibaca dan dihayati hingga dipenuhi debu-debu. Tidakkah ini juga salah satu penghinaan terhadap kitab suci ini!...al-Quran bukan hanya untuk dimiliki naskahnya tetapi untuk difahami isi kandungannya..contoh yang penulis boleh berikan, bilamana kita membeli sesuatu barang seperti televisyen contohnya, pastinya disertakan buku panduan sekali bukan?...adakah kita hanya melihat kulit hadapan buku itu dan kemudian meletakkannya di atas rak. Maka, dengan yakin kita terus menggunakan televisyen tersebut tanpa memahami peraturan penggunaannya. apakah yang akan beraku...mungkin teman-teman pun boleh menjangkakannya bukan? begitu juga dengan al-Quran...sesungguhnya ia merupakan panduan lengkap kehidupan seluruh manusia di atas muka bumi ini. Percayalah dan yakinlah kebenaran kalam Allah S.W.T yang menyatakan bahawa kerosakan di atas muka bumi ini adalah sengan sebab TANGAN MANUSIA ITU SENDIRI! menggunakan buku panduan ini bererti memandu kehidupan terbaik di atas dunia tetapi meninggalkannya bererti membiarkan diri terus melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.

Seperti yang penulis katakan tadi, catatan ini tidaklah panjang. Jadi penulis tinggalkan persoalan ini di sini untuk terus difikirkan oleh teman-teman agar sedikit-sebanyak kita semua terus diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus membantu perjuangan islam di atas muka bumi ini. Akhirnya, penulis ingin membawa satu bidalan bahasa arab yang pernah disampaikan oleh Dr Syed Ramadhan al-Buti, salah seorang ulamak Syria yang mengungkapkannya sebagai berikut:

Pada suatu ketika, tinggallah pokok-pokok liar di sebuah hutan tebal. Ada pokok yang kecil dan masih muda dan ada juga pokok yang besar dan sudah tua. Jadi, pada suatu ketika, ditakdirkan jatuhlah sebilah mata kapak di hadapan pokok-pokok yang masih kecil dan muda. Maka, pokok-pokok ini semuanya ketakutan dan menangis kerana takut ditebang. Maka mereka mengadu kepada poko yang paling tua yang berada di dalam hutan tersebut. lalu, poko yang sudah tua itu berkata kepada mereka: "Mengapa kamu menangis, sedangkan kamu tidak memberikan ranting-ranting kamu untuk dijadikan hulu bilah mata kapak tersebut!.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita