Ahad, November 16, 2008
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kubis.”(HR. Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”(HR. Ibn Hibban)
Ibnu Abbas r.a berkata: “Ada seorang wanita dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, saya adalah seorang wanita yang sudah janda, dan saya ingin kahwin lagi, yang ingin saya tanyakan apakah hak suami itu? Rasulullah SAW menjawab: “Setengah daripada hak suami atas isterinya itu adalah apabila suami itu menginginkan isterinya itu untuk bercumbu rayu, walaupun isterinya itu di atas punggung unta, maka jangan sekali-kali isteri itu menolaknya.(HR. Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”(Hadis dari Ibn Abbas)
Rasulullah SAW bersabda: “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.”(Hadis dari Umar bin Khattab)
Dari Ammar bin Yasir bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Tidak akan masuk syurga suami yang dayus”. (Hadis riwayat Abu Daud)
Diriwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Nabi kepada gadis itu: Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia kahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.
Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya."(HR. Thabrani)
Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.”-Hadis Riwayat Maisyarah
Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.” -Hadis Riwayat Ibn Ady dan As-Syakir
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya: talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam." (Hadis dari Abu Bakar Shiddiq)
Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" -Hadis Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi
Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya -Riwayat Al-Termizi
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.(HR. Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”(HR. Bukhari Muslim)
Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika seseorang diantara kamu hendak bersatu dengan isterinya, maka bacalah: ‘Bismillah’ ‘Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari (anak) yang akan engkau kurniakan kepada kami.’ Kemudian jika berbuah dari mereka ini seorang anak, maka syaitan tidak akan merugikannya selama-lamanya -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan. (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).
Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah. (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).
Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya -Riwayat Al-Termizi
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah- Riwayat Bukhari dan Muslim.
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.- Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dari Anas bin Malik ra berkata,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT berfirman,”Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski dosamu sepenuh langit, namun bila kamu meminta ampun kepada-Ku, pastilah Ku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski kamu datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepaa-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga. (HR. At-Tirmizy)
Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik - (HR. At-Tirmizy).
Rasullullah SAW telah bersabda: “Tiada seorang Muslim yang kematian tiga anaknya sebelum mereka mencapai umur baligh, melainkan Allah pasti memasukannya kedalam syurga kerana kasih sayangnya kepada mereka” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." -Riwayat Al Bazzar.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud : “Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah Sungai Furat (Euphrates di Iraq) kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai 99 daripada 100 orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya.”- Hadis riwayat Muslim.
Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal" (HR Bukhari).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu ? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, kecuali telah menjadikan ubatnya – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merubah mereka menjadi kera atau babi". -Riwayat: H.R. Ibnu Majah
Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". - Hadis riwayat Abu Daud
Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya. ( Sahih. R.Nasaai )
Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan." -Hadis Riwayat Muslim
Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" -Riwayat Al-Tirmizi
Tidaklah seorang mu'min itu suka mencela, dan tidak pula suka melaknat, dan tidak keji mulut dan tidak berkata kotor - Riwayat Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." -H.R. Muslim
Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun. -Hadis riwayat Imam Tirmizi.
Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya.-Hadis riwayat Al-Tirmizi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan