;

Ahad, November 16, 2008


Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah ; i) kikir ii) budi pekerti yang jahat. - Riwayat Atthirmidzi

Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati. - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.a.

Nabi s.a.w. bersabda; "Jika sakit seorang hamba hingga 3 hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya." - Riwayat Atthabarani

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." - Sahih Muslim
Dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan keredhaan Allah." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah, siapakah dari keluargamu yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?" Jawab beliau,"Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu kemudian terdekat kepadamu, yang terdekat." - Sahih Muslim
Dari Anas b. Malik r.a. dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang rezekinya dilapangkan Allah atau usianya dipanjangkan maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Allah berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan aku membalasi puasanya itu." - Sahih Bukhari
Dari Ibn Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Pergelangan (pegangan) Islam dan sendi agama itu 3 dan di atasnya tegaknya asas Islam, siapa meninggalkan satu daripadanya maka dia kafir dan halal ditumpahkan darahnya iaitu syahadat, sembahyang fardu dan puasa bulan Ramadhan." - Riwayat Abu Yala

Dari Abu Sa'id r.a. katanya:Terjadilah pertengkaran antara Khalid bin Walid dengan Abdurrahman bin'Auf hingga Khalid memaki lawannya, lalu Rasulullah bersabda: Janganlah kamu memaki salah seorang daripada sahabatku, kerana sekalipun kamu mendermakan emas sebesar gunung Uhud, masih belum dapat menyamai darjat mereka, bahkan belum sama dengan separuh darinya. -Hadis riwayat Imam Muslim.
Siapa yang iktikaf pada malam Lailatulqadar itu kerana terdorong oleh iman dan ikhlas maka diampunkan dosanya yang telah lalu." - Riwayat Adailamani
Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )

Berziarahlah ke kubur, sesungguhnya ia mengingatkan kalian akan akhirat." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Tarmizi )

Nabi s.a.w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi

"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatNya Lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat yang sebelum mereka." - Riwayat Addailamani dari Anas r.a.
Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah." - Sahih Bukhari & Muslim

Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan jelek, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya. Jika ia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali lipat

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Islam itu didirikan atas lima (perkara) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasa nya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan ramadhan.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita