;

Rabu, November 12, 2008

Kembara Si hamba, Mencari Hidayah Allah Tercinta

Assalamualaikum...

Salam Ukhwah Fillah, Salam Juang, Salam Jihad...

Sabda rasulullah S.A.W salam sunan al-Nasaie dan al-Tirmidzi yang bermaksud:

"Sekiranya kamu menyukai saudaramu, maka beritahulah kepadanya bahawa kamu menyukainya"

Allah S.W.T menjadikan setiap manusia dalam berbilang bangsa,warna kulit dan keturunan adalah untuk disatukan hati-hati merekadengan keimanan dan seterusnya Allah S.W.T akan melihat sejauh mana taqwa seseorang hamba kepadanya.

Firman Allah SW.T dalam surah al-hujurat ayat yang ke-31yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berpuak-puak dan berkabilah-berkabilah untuk kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di kalangan kamu adalah orang-orang yang paling bertaqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap sesuatu".

Kelahiran manusia ke dunia ini dilengkapi dengan akal, nafsu dan iman adalah untuk memastikan bagaimana setiap daripada kita betul-betul menjaga dan menggunakan amanah ini dengan sebaiknya-baiknya. Di samping itu, Allah S.W.T telah mengurniakan kita dengan perasaan kasih dan sayang sebagai fitrah manusia. Perasaan inilah yang perlu dipupuk sesuai dengan tuntutan keimanan yang betul-betul jitu dan padu kepada Allah S.W.T. Di sinilah pra sayarat kita sebagai seorang hamba untuk mencapai tingkat taqwa di sisi-Nya...

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata:

"Taqwa itu adalah al-Rajaa(pengharapan ) terhadap tuhan rabbul-jalil, redha dengan rezeki yang sedikit, pengamalan terhadap al-tanzil( al-Quran) dan bersedia dengan perbekalan untuk hari kebangkitan(kiamat)"

Adakah ketaqwaan kita telah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Saidina Ali tersebut?...ayuh kita tepuk dada dan muhasabah diri kita. Betapa nikmat yang bergitu besar dikurniakan oleh Allah S.W.T terhadap kita dan adakah kita memungkirinya atau mensyukurinya.

Kepada teman-reman seaqidah sekelian...ayuh permulaan hari ini,kita bulatkan tekad dan azam untuk menjadi hamba yang betul-betul iltizam dengan keyakinan dan ibadah terhadapnya, moga-moga kitamenjadi insan yang diterima amalan kita di akhirat kelak insyaallah

Sabda rusulullah S.A.W dalam hadith riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dzar yang bermaksud:

"Senyum kalian untuk saudaranya adalah sedekah,beramal-makruf dan nahi mungkar untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah".

Salam juang,salam ukhwah fillah!...Ukhwah ditaut, marhabah diribat...Kembara Sang hamba, mencari hidayah Allah tercinta.

Tiada ulasan:

Selamatkan Kutub Sittah

Selamatkan Kutub Sittah

Pimpinan PMRAM

Pimpinan PMRAM

Ayuh Meriahkannya

Ayuh Meriahkannya

Ingin Menjadi Usahawan Berjaya..Klik sini!

Renungan

A song for gaza

Untukmu Palestin!

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita

Pertahankan Hak Kita